Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tiada Penglibatan Pihak Ketiga Dalam Pembangunan PADU – Menteri Ekonomi

Tiada Penglibatan Pihak Ketiga Dalam Pembangunan PADU – Menteri Ekonomi

Diterbitkan Januari 9, 2024 ยท Dikemas kini Januari 9, 2024 oleh Amalina Athman

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli hari ini menafikan dakwaan bahawa syarikat Accio Technologies terlibat dalam proses pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU).

Sebaliknya, PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa penglibatan mana-mana pihak ketiga.

Berkaitan

  • Ini Sebabnya Pengguna Disaran Daftar PADU Sebelum April
  • Ini Jumlah Terkini Individu Yang Sudah Mendaftar PADU Mengikut Negeri

Rafizi memaklumkan hasil semakan yang dilakukan dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) turut mengesahkan bahawa dakwaan CEO syarikat itu, Dr. Cher Han Lau adalah tidak benar.

Mengulas lanjut, beliau berkata Pasukan Analitik PADU hanya menjemput Dr. Cher bagi memenuhi kapasiti peningkatan kemahiran sumber manusia (upskilling) dalam sains data berdasarkan keupayaan beliau dalam pembangunan data raya (big data) dan pembelajaran mesin (machine learning).

Sementara proses pembangunan, pengumpulan atau pembersihan data PADU tidak melibatkan sesiapa daripada syarikat itu, mahupun mana-mana pihak ketiga.

Sumber: Kementerian Ekonomi

Gambar utama: DOSM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY