Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Firefox Kini Berikan Lebih Kawalan Data Privasi Kepada Pengguna

Firefox Kini Berikan Lebih Kawalan Data Privasi Kepada Pengguna

Diterbitkan Januari 3, 2020 oleh Amalina Athman

Mozilla, pembangun pelayar Firefox telah membenarkan pengguna untuk mengawal data mereka sendiri. Perubahan ini didorong oleh Akta Privasi Pengguna California (CCPA), yang berkuatkuasa pada Rabu lepas.

CCPA, yang dikenali sebagai undang-undang privasi paling ketat di Amerika, direka untuk memberi kuasa kepada pengguna seiring dengan pengumpulan data seluruh dunia pada hari ini.

Firefox Kini Berikan Lebih Kawalan Data Privasi Kepada Pengguna

Undang-undang privasi data yang baru ini telah memberikan hak kepada penduduk California untuk mengetahui apa yang dikumpulkan oleh syarikat tersebut. Ia juga membolehkan pengguna untuk meminta Mozilla memadam data mereka dan tidak menjualnya.

Menurut Mozilla, perubahan ini turut diaplikasikan kepada setiap pengguna Firefox secara global dan bukan hanya di California sahaja. Kawalan pemadaman akan dibina dalam pelayar Firefox dalam versi seterusnya yang tersedia pada 7 Januari ini. Tetapan ini akan menyediakan kepada pengguna cara untuk meminta penghapusan bagi telemetri desktop secara langsung dari pelayar Firefox.

Sumber: Mozilla

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • iQOO 16 Dipacu Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Disember Ini
  • Kerajaan Teliti Langkah Tangani Jualan Produk Import Tidak Bersijil Di Platform E-Dagang
  • Aplikasi Cari Bakat Bola Sepak Dipacu AI Akan Diperkenal Di Eropah
  • Akhirnya, WhatsApp Secara Rasmi Perkenal Ciri Mesej Berjadual
  • SpaceX Dapat Kelulusan AS Untuk Lancar Sehingga 1 Juta Satelit Pusat Data Ke Angkasa
  • 1Password Sahkan Sistem Dalaman Diceroboh, Maklumat Akaun Sebahagian Pengguna Dicuri
  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
©2026 WISER.MY