Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
shein featured_yahoo

Isu Pelanggaran Data, Syarikat Di Sebalik Jenama SHEIN Perlu Bayar Lebih RM8.8 Juta Kepada New York

Diterbitkan Oktober 13, 2022 oleh Amalina Athman

Syarikat di sebalik jenama fesyen SHEIN dan ROMWE, Zoetop Business Company, Ltd kini dilaporkan perlu membayar sebanyak $1.9 juta (~RM8.9 juta) kepada New York kerana didakwa gagal melindungi data pengguna dan menjejaskan maklumat peribadi berpuluh juta pengguna di seluruh dunia, termasuk menipu tentang skop pelanggaran kepada pengguna.

Penalti itu dibuat selepas penyiasatan oleh Pejabat Peguam Negara (OAG) New York ke atas penggodaman pada tahun 2018, di mana data kad kredit dan maklumat peribadi seperti nama, e-mel dan kata laluan telah dicuri. Pelanggaran data itu telah menjejaskan 39 juta akaun SHEIN dan 7 juta ROMWE, termasuk lebih daripada 800,000 akaun milik warga New York.

Berkaitan

  • Samsung Sahkan Insiden Pencerobohan Data, Maklumat Peribadi Pengguna Terjejas
  • TikTok Nafi Dakwaan Insiden Pencerobohan Data
  • Didakwa Gagal Lindungi Data Pengguna, Samsung Berdepan Tuntutan Mahkamah

Menurut OAG New York, selepas Zoetop mengetahui tentang penggodaman yang berlaku, syarikat itu hanya menghubungi sebahagian kecil daripada 39 juta akaun SHEIN yang terjejas dan gagal melindungi akaun yang terdedah dan menetapkan semula (reset) kata laluan untuk mana-mana akaun.

Sementara itu, bagi sebahagian besar akaun SHEIN yang terjejas (lebih 32.5 juta akaun SHEIN di seluruh dunia dan 255,294 akaun penduduk New York), Zoetop didakwa gagal untuk memaklumkan bahawa maklumat log masuk mereka telah didedahkan.

Syarikat itu juga telah memberikan gambaran yang salah dengan menyatakan hanya 6.42 juta pelanggan yang terjejas dan pihaknya tidak mempunyai bukti bahawa maklumat kad kredit telah dicuri daripada sistem mereka.

Selepas 4 tahun, pihak OAG telah mencapai persetujuan dengan Zoetop, yang memerlukan syarikat itu membayar sejumlah $1.9 juta (~RM8.9 juta) bagi penalti dan kos. Selain itu, Zoetop juga diminta untuk mengekalkan program keselamatan maklumat yang komprehensif.

Gambar utama: Yahoo Finance

Sumber: TFL

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY