Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung breach

Didakwa Gagal Lindungi Data Pengguna, Samsung Berdepan Tuntutan Mahkamah

Diterbitkan September 9, 2022 · Dikemas kini September 9, 2022 oleh Amalina Athman

Baru-baru ini, Samsung telah mengesahkan insiden pencerobohan data yang menjejaskan beberapa maklumat pengguna.

Terkini, tuntutan mahkamah telah difailkan kerana mendakwa Samsung gagal melindungi data peribadi pengguna selepas berlaku serangan siber dalam sistemnya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) pada Julai lalu.

Berkaitan

  • Samsung Dilapor Akan Jual Telefon Tanpa Kabel USB-C Dalam Kotak, Bermula 2023
  • Samsung Sahkan Insiden Pencerobohan Data, Maklumat Peribadi Pengguna Terjejas

Menurut Bloomberg, aduan telah difailkan di Mahkamah Daerah AS untuk Nevada pada 6 September lepas. Melalui aduan tersebut, ia mendakwa pelanggan yang terjejas tidak dimaklumkan lebih awal, sejurus selepas Samsung mengesan insiden tersebut.

Dalam tuntutan berkenaan, ia menyatakan serangan siber berlaku pada akhir Julai 2022 apabila penggodam berjaya memperoleh data peribadi daripada sistem Samsung AS termasuk nama, maklumat hubungan dan demografi, tarikh lahir serta maklumat pendaftaran produk.

Gergasi teknologi itu mendakwa bahawa pihaknya hanya mengetahui tentang pelanggaran itu pada atau sekitar 4 Ogos selepas menjalankan siasatan. Walau bagaimanapun, isu yang diketengahkan oleh pengadu adalah secara asasnya Samsung tidak menghubungi pelanggannya yang terjejas sehingga bulan berikutnya.

Walaupun menyatakan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan untuk melindungi sistem yang terjejas, Samsung masih mengambil masa kira-kira sebulan sebelum memaklumkan kepada pelanggan.

Tindakan Samsung untuk menunggu masa yang lama sebelum mendedahkannya kepada pengguna dianggap sama seperti mengabaikan tugasnya sebagai pengumpul maklumat peribadi pengguna.

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY