Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pertama Kali, EV Tesla Pandu Sendiri Sepenuhnya Dari Kilang Bertemu Pembelinya

Pertama Kali, EV Tesla Pandu Sendiri Sepenuhnya Dari Kilang Bertemu Pembelinya

Diterbitkan Jun 30, 2025 · Dikemas kini Julai 1, 2025 oleh ariff bukhari

Tesla mencatat sejarah baharu apabila sebuah Model Y telah berjaya dihantar secara pemanduan autonomi sepenuhnya.

EV itu yang dilengkapi teknologi Full-Self Driving (FSD), meluncur keluar dari kilang pengeluarannya di Austin, Texas, tanpa pemandu atau kawalan jauh terus ke rumah pelanggannya yang berada sejauh 30 minit perjalanan.

Tesla turut memuat naik video bukti perjalanan tersebut dari kilang ke alamat pelanggan di 1515 S. Lamar Blvd., Austin.

Peristiwa ini berlaku sehari lebih awal daripada tarikh yang dijanjikan oleh CEO Elon Musk, yang kebetulan menyambut ulang tahun ke-54 pada 28 Jun.

Menurut Musk, kereta itu memandu sendiri sepenuhnya, termasuk melalui lebuh raya dengan tiada manusia terlibat langsung sepanjang penghantaran tersebut.

https://x.com/elonmusk/status/1938761702482604061

Pihak berkuasa bandar Austin mengesahkan bahawa mereka telah dimaklumkan tentang penghantaran itu.

Namun, segelintir pemerhati skeptikal dengan mempersoalkan sama ada Tesla melebih-lebihkan kemampuan teknologinya, memandangkan video penghantaran tidak distrim secara langsung, tetapi hanya dimuat naik kemudian.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Penyelidik Dakwa Model AI Kini Tahu Menipu Dan Buat Ugutan
  • Jerman Mahu Apple Dan Google Buang Aplikasi AI China Dari Stor Aplikasi

Sumber: Fortune

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY