Pertama Kali Dalam Sejarah iPhone Bewarna Merah Diperkenalkan

Hari ini Apple menampilkan iPhone 7 dan 7 Plus dalam variasi warna merah. Ini merupakan pertama kali Apple berbuat sedemikian, kali terakhir kalau tak silap saya ipod merah. Telefon edisi khas ini hanya menawarkan dua variasi pilihan iaitu 128 GB dan 256GBB. Tiada versi 64 GB ditawarkan.

iphone-7-plus-red

Telefon ini akan dijual ke seluruh dunia pada 24 Mac ini dan hasil jualan tersebut akan di dermakan kepada organisasi (RED) yang menyokong pencegahan AIDS dan penyelidikan. Apple telah mengeluarkan versi merah bersempena dengan program (RED) yang telah disokongan oleh Apple selama lebih 10 tahun. Apple berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa mereka telah mengutip  sekitar $130,000,000 untuk program (RED) setakat ini.

dims

Telefon ini akan dijual pada harga yang sama dengan model iPhone 7 sebelum ini bermula pada harga RM3,699 dan pembeli di Malaysia boleh menempah pada tarikh yang sama.
Kepada yang berminat, anda boleh lihat di Apple Web Store. Pengunguman ini juga dibuat bersama pelancaran aplikasi Apple Clips yang memfokuskan kepada punyintingan video yang lebih mudah dan ringkas.

apple-clips

Sumber: EnGadget, The Verge, Business Insider