Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 4 (1)

Pertama Di Malaysia, Taylor’s University Lancar Jurusan Digital Alaf Baharu

Diterbitkan Januari 13, 2023 oleh Firdaus

Pada 12 Januari, Taylor’s University telah melancarkan 2 program ijazah sarjana muda digital baharu untuk anak-anak muda di Malaysia – Reka Bentuk Ruang Interaktif dan Pengurusan Pembinaan Digital Lestari.

Photo 1
Photo 3 (1)

Menariknya lagi, 2 jurusan tersebut adalah yang pertama sekali ditawarkan dalam negara ini. Erti kata lain, Taylor’s University mempunyai jurusan ijazah digital yang tiada pada mana-mana institusi pendidikan tinggi yang lain.

Kedua-dua program itu akan berada di bawah Fakulti Inovasi dan Teknologi Taylor’s University. Antara tarikan utama, Taylor’s University tawarkan kemudahan pusat pembelajaran digital bertaraf dunia melalui makmal Taylor’s Virtual Online Future Technology & Extended Reality (VORTEX XR Lab).

Photo 6
Photo 4 (1)
Photo 5

Pelajar dapat peluang untuk belajar, memahami dan memanfaatkan teknologi realiti terimbuh (AR), realiti maya (VR), dan realiti campuran (MR) melalui kemudahan tersebut.

Dekan Fakulti Inovasi dan Teknologi Taylor’s University, Dr David Asirvatham berkata:

“Teknologi ini dapat memberikan pelajar akses kepada peralatan realiti lanjutan kehidupan sebenar terkini dan kemahiran khusus, berguna untuk pengajaran dan pembelajaran penciptaan kandungan serta untuk idea, reka bentuk dan prototaip pengalaman mengasyikkan”.

Berkaitan

  • Jualan Kad TNG Melalui WhatsApp Dan Telegram Bukan Daripada Saluran Sah - Touch ‘n Go
  • OPPO A78 5G Didagangkan Di Malaysia Pada Harga RM1,099
  • Langgar Hak Cipta, Siri Apple Watch Berisiko Tidak Dijual Di AS
  • Intel Core i9-13900KS Rasmi, Yang Pertama Capai Kelajuan Maksimum 6.0GHz
  • LPF Perkenal Klasifikasi Baharu Penapisan Filem, Kuat Kuasa 1 Februari 2023

Untk sebarang maklumat lanjut, pembaca boleh melayari laman sesawang rasmi Taylor’s University.

Sumber: Siaran Akhbar Taylor’s University

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY