Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
A78 5G KV BM

OPPO A78 5G Didagangkan Di Malaysia Pada Harga RM1,099

Diterbitkan Januari 13, 2023 · Dikemas kini Ogos 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Sebuah lagi model dalam siri A dilancarkan OPPO Malaysia hari ini ialah OPPO A78 5G yang dijana cip Dimensity 700.

Bagi storan, RAM di dalamnya setinggi 8GB bersama ROM sebesar 128GB. Pengguna juga boleh menambah RAM maya sehingga 8GB.

A78 5G Glowing Purple

Selain itu, paparan LCD ditampilkan pula berukuran 6.56″ dengan kadar segar semula 90Hz.

Untuk audio , pembesar suara stereo pada peranti ini hadir dengan Real Original Sound Technology.

OPPO Dual Stereo Speakers

Dengan ciri Ultra Volume Mode, pengguna dapat meningkatkan kelantangan sehingga 200%.

Bateri pada telefon ini berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecasan SUPERVOOC 33W.

A78 5G Purple&Black

Di belakang, ia dilengkapkan dengan 2 kamera iaitu 50MP dan 2MP. Bagi swafoto, lensa di hadapan pula setinggi 8MP.

Kata OPPO, perisian dalamannya mampu meningkatkan resolusi imej ditangkap sehingga 108MP dengan ciri Ultra-Clear Image.

OPPO IPX4 Water Resistance

Kalis percikan air, ia mempunyai ketahanan IPX4.

Dalam pada itu, ia menjalankan ColorOS 13 dan menyokong rangkaian 5G.

Spesifikasi penuh boleh didapati di laman web OPPO di SINI.

A78 5G KV BM

OPPO A78 5G ini hadir dengan 2 pilihan warna iaitu ungu dan hitam.

Ia dijual pada harga RM1,099 mulai esok, 14 Januari 2023. Celcom dan Digi pula akan mula tawarkannya mulai 7 Februari 2023.

Beli di Shopee – https://invl.io/clfrput

Beli di Lazada – https://invol.co/clfrpve

Sumber: Siaran Akhbar OPPO

Berkaitan

  • OPPO Dan OnePlus Umum Kerjasama Strategik, OnePlus Teraju Peranti Andalan
  • OPPO Janji 4 Versi ColorOS Untuk Peranti Kelas Andalan Terpilih
  • OPPO Find X6 Pro Dijangka Tampil Dengan 3 Sensor 50MP Sekaligus
  • Ini Makna Setiap Jenis "Last Seen" Di Telegram

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
  • iOS 27.2 Tersedia Dengan Ciri Baharu, Lebih 160 Kelemahan Keselamatan Dibaiki
  • OpenAI Lancar GPT-6.1 Terra, Lebih Pantas Dengan Ketepatan Fakta Dipertingkat
  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
©2026 WISER.MY