Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Syarat Dan Cara Untuk Dapatkan Bantuan Bagi Kenderaan Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir

Syarat Dan Cara Untuk Dapatkan Bantuan Bagi Kenderaan Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir

Diterbitkan Mac 2, 2022 · Dikemas kini Mac 3, 2022 oleh Firdaus

Banjir besar yang telah melanda di  kawasan negeri pantai timur seperti Terengganu dan Kelantan telah menyebabkan ramai mangsa kehilangan tempat tinggal dan kerosakan penuh kenderaan mereka. Oleh itu, pihak kerajaan telah melaksanakan satu inisiatif yakni Bantuan Automotif Kenderaan Malaysia (BAKM) untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Syarat Dan Cara Untuk Dapatkan Bantuan Bagi Kenderaan Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir

Apakah Bantuan Automotif Kenderaan Malaysia (BAKM)?

Bantuan ini memberikan diskaun sekurang-kurangnya 25% daripada kos keseluruhan pembaikan, kos penundaan kenderaan secara percuma dan baucar diskaun sehingga RM1000. Selain itu, bantuan ini sah untuk semua jenis kenderaan penumpang persendirian ( termasuk motosikal, trak pikap, van bertingkap ) tetapi yang tidak mempunyai insurans bencana alam sahaja.

Pengurangan kos baik pulih kenderaan akan dipotong daripada jumlah kos keseluruhan atau penggantian melalui invois yang dikeluarkan oleh pusat servis/pengedar yang sah dan bengkel yang tidak berdaftar (bengkel persendirian).

 

Syarat Dan Cara Untuk Dapatkan Bantuan Bagi Kenderaan Yang Terkesan Dengan Bencana Banjir

Bantuan BAKM ini berkuatkuasa dari 18 Disember 2021 sehingga 31 Mac 2022, dan setiap isi rumah boleh mendaftarkan maksimum  5 kenderaan sahaja untuk bantuan ini.

Cara memohon Bantuan Automotif Kenderaan Malaysia.

Pembaca boleh klik ke laman sesawang rasmi BAKM ini. seterusnya, pergi ke butang 3 garis bertindih di bahagian kanan atas laman sesawang tersebut, dan klik pada ‘permohonan’. Klik sini untuk maklumat lanjut

Syarat pemohonan Bantuan Automotif Kenderaan Malaysia.

  • Warganegara Malaysia.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) yang berdaftar dengan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) / Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) / Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
  • Kenderaan milik persendirian [Ketua Isi Rumah (KIR) / Ahli Isi Rumah (AIR)] yang rosak akibat banjir berdasarkan resit yang disertakan.
  • Kenderaan yang tidak dilindungi oleh insuran bencana alam.

pihak kami berharap bacaan ini sedikit sebanyak dapat membantu mangsa-mangsa banjir membaik pulih kenderaan mereka yang terjejas dan meringankan beban mereka selepas kejadian banjir ini.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY