Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Perkhidmatan WeChat Pay MY Ditamatkan Mulai 1 September

Perkhidmatan WeChat Pay MY Ditamatkan Mulai 1 September

Diterbitkan Ogos 5, 2024 · Dikemas kini Ogos 5, 2024 oleh Amalina Athman

WeChat Malaysia kini mengumumkan perkhidmatan pembayaran WeChat Pay akan ditamatkan bermula 1 September 2024, disebabkan pelarasan strategi perniagaan syarikat itu.

Sebagai sebahagian daripada langkah itu, pendaftaran untuk pengguna e-dompet baharu telah pun dihentikan bermula 1 Ogos 2024.

Pengguna sedia ada perlu mengeluarkan baki dalam akaun e-dompet sehingga 31 Disember 2024.

Untuk pengeluaran baki, pengguna boleh log masuk ke akaun WeChat, kemudian klik Me > Pay and Services > Balance > Withdraw dan ikut arahan seterusnya. Rujuk dua imej di bawah untuk lebih jelas.

Perkhidmatan WeChat Pay MY Ditamatkan Mulai 1 September
Jika belum melengkapkan pengesahan identiti
Perkhidmatan WeChat Pay MY Ditamatkan Mulai 1 September
Sekiranya sudah melengkapkan pengesahan identiti

Sekiranya tidak mengeluarkan baki dalam tempoh tersebut, pengguna boleh memilih pengaturan pengeluaran khas mulai 1 Januari 2025.

Dalam pada itu, WeChat memaklumkan perkhidmatan pemesejan serta fungsi lain seperti Weixin Pay yang tersedia di platform itu tidak terjejas dan kekal beroperasi seperti biasa. Pengguna boleh melakukan pembayaran dengan Weixin Pay semasa melancong di China, serta pembayaran masuk pelancong China di Malaysia.

Berkaitan

  • Aplikasi Maybank2u Tidak Lagi Boleh Diakses Bermula 28 Ogos

Sumber: WeChat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY