Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Peringatan Kepada Pengguna Yang Suka Culas Bayar Tol, PROLINTAS Akan Dedah Anda Di Twitter

Peringatan Kepada Pengguna Yang Suka Culas Bayar Tol, PROLINTAS Akan Dedah Anda Di Twitter

Diterbitkan Oktober 1, 2022 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha menangani isu pengguna yang culas membayar tol di lebuhraya di bawah seliannya, pihak Operator PROLINTAS mendedahkan pelaku di laman rasmi Twitter mereka selepas berjaya menahan pelaku tersebut.

Menerusi akaun Twitter PROLINTAS AKLEH baru-baru ini, mereka mendedahkan jenis dan nombor kenderaan yang dikesan culas membayar tol.

Berkaitan

  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14

Menggunakan tandapagar #kantoi, sebuah kenderaan jenis Proton X50 dengan nombor pendaftaran JUR 8285 telah berjaya ditahan selepas culas membayar tol yang berjumlah RM57.50.

Pihak PROLINTAS memaklumkan, pelaku telah membayar jumlah kerugian tersebut pada waktu itu juga.

Salah sebuah kenderaan yang ditahan ialah Proton X50 dengan tunggakan bayaran tol sebanyak RM57.50 dan amaun kerugian telah dikembalikan pada masa & lokasi sama. #kantoi pic.twitter.com/SvtW3GSsja

— PROLINTAS AKLEH (@AKLEHtrafik) September 28, 2022

PROLINTAS memaklumkan bahawa mereka akan terus menjalankan operasi mengesan penceroboh tol dan senarai nombor plat kenderaan telah dikenal pasti.

Usaha menangkap pemandu tidak bertanggungjawab ini akan dijalankan dengan lebih giat.

Untuk pengetahuan anda, pemandu yang mengelak dan culas untuk membayar tol apabila melalui lorong di plaza tol boleh didenda dan dikenakan hukuman penjara apabila tertangkap.

Sumber: Paultan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
©2026 WISER.MY