Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
battery percentage peratusan bateri ios 16

Peratus Bateri Untuk 4 Model iPhone Dilapor Akan Hadir Dalam Kemas Kini iOS 16.1

Diterbitkan September 15, 2022 · Dikemas kini September 15, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Seawal pelancaran iOS 16 pada pengguna beberapa hari lalu, kebanyakan model kini boleh memaparkan peratusan dalam ikon bateri di bar status.

Namun, 4 model yang tidak menerima ciri Battery Percentage ini ialah iPhone XR, iPhone 11, iPhone 12 mini dan 13 mini.

Peratus Bateri Untuk 4 Model iPhone Dilapor Akan Hadir Dalam Kemas Kini iOS 16.1

Ramai pengguna mempertikai tindakan Apple kerana memilih bulu dalam memberikan ciri sekecil ini. Ia tidak memerlukan sebarang keperluan perkakasan (hardware) mahupun perisian canggih pun untuk tersedia.

Namun berita terkini, iOS 16.1 versi beta untuk pembangun didapati telah membawakan ciri peratusan bateri ini untuk kesemua 4 model di atas iaitu iPhone XR, 11, 12 mini dan 13 mini.

Jadi, untuk pengguna awam versi stabil, anda perlu menunggu sekitar sebulan dua lagi untuk mendapat fungsi ini.

Berkaitan

  • iPadOS 16 - Kini Ada Aplikasi Weather Dan Ke Arah Budaya WFH Yang Lebih Cekap
  • iOS 16 Membenarkan Kunci Album 'Hidden' Dan 'Recently Deleted'
  • Ini Dia 13 Ciri 'Best' Dalam iOS 16
  • iOS 16 Akan Beritahu Jika AirPods Anda Palsu
  • Cara Paparkan Peratusan Bateri Pada 'Lock Screen' Di iOS 16
  • Google Perkenal Widget Untuk Skrin Kunci iOS 16
  • Paparan Kekal Pada iPhone 14 Pro Akan Dimatikan Bila Apple Watch Berjauhan

Ini kerana ia masih dalam fasa beta pembangun, kemudian seminggu dua barulah Apple lepaskan versi beta awam pula. Hanya beberapa minggu selepas itu barulah versi stabil untuk pengguna biasa dilancarkan.

Buat sementara ini, anda boleh guna kaedah INI untuk pemaparan peratusan bateri iPhone dan peranti Apple lain melalui widget pada wallpaper dan lock screen.

Gambar utama: Know Techie

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY