Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Sahkan Paparan Peratusan Bateri Tidak Akan Tersedia Untuk Senarai Model Ini

Apple Sahkan Paparan Peratusan Bateri Tidak Akan Tersedia Untuk Senarai Model Ini

Diterbitkan September 13, 2022 ยท Dikemas kini September 13, 2022 oleh Amalina Athman

Berikutan kemas kini iOS 16 yang dilepaskan awal pagi tadi, Apple mengesahkan beberapa model iPhone tidak akan menerima ciri paparan peratusan bateri di bahagian status bar.

Dalam dokumen sokongan, Apple menyatakan ciri tersebut tidak akan tersedia untuk model iPhone termasuk iPhone XR, iPhone 11, iPhone 12 mini dan iPhone 13 mini.

Berkaitan

  • Ini Dia 13 Ciri 'Best' Dalam iOS 16
  • iOS 16 Sedia Untuk Dikemas Kini, Ini Senarai Model iPhone Yang Menyokongnya

Apple tidak memaklumkan dengan lebih lanjut alasan di sebalik tidak menawarkannya pada empat model berkenaan, namun ia dipercayai adalah berikutan ruang terhad bagi menempatkan peratusan bateri pada bahagian status bar.

Sementara itu, peratusan bateri di bahagian status bar bagi model iPhone 8 dan terdahulu serta iPhone SE generasi kedua dan ketiga sudah sedia kelihatan sejak sebelum iOS 16 dilancarkan lagi.

Sumber: Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY