Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ipados 16

iPadOS 16 – Kini Ada Aplikasi Weather Dan Ke Arah Budaya WFH Yang Lebih Cekap

Diterbitkan Jun 7, 2022 · Dikemas kini Jun 7, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sistem operasi untuk iPad iaitu iPadOS 16 dilancarkan Apple dalam WWDC pagi ini.

Antara pembaharuan dibawakan kali ini ialah kehadiran aplikasi Weather, pengurusan multitasking. yang lebih cekap dan lain-lain.

Seperti iOS 16, lockscreen pad iPadOS 16 juga hadir dengan wajah baharu di mana pengguna boleh menambah widget, melaraskan bokeh dan lain-lain.

ipados 16

Gambar latar atau wallpaper juga ditambah lagi selain animasi baru apabila pengguna menyahkunci iPad.

Ciri Collaboration turut diperkenalkan di mana ia membolehkan pengguna menambah individu lain untuk sama-sama berkarya dengan mereka dalam satu hasil aplikasi seperti iWork.

iPadOS 16 – Kini Ada Aplikasi Weather Dan Ke Arah Budaya WFH Yang Lebih Cekap

Dalam pada itu. ciri Free Form, papan putih digital juga akan didatangkan dalam kemas kini ini yang dikatakan Apple akan menjadi platform terbaik bagi sesi brainstorming.

Ia juga akan hadir ke macOS dan iOS selepas ini.

iPadOS 16 – Kini Ada Aplikasi Weather Dan Ke Arah Budaya WFH Yang Lebih Cekap

Dalam sistem operasi terbaru ini juga, pengguna boleh membuka dokumen dalam aplikasi seperti Pages lalu berinteraksi dengannya bersama pengguna lain secara langsung melalui FaceTime berkumpulan.

Juga seperti iOS 16, ciri suntingan mesej, ‘Undo sent’ dan penandaan belum dibaca turutu hadir pada iPadOS 16.

iPadOS 16 – Kini Ada Aplikasi Weather Dan Ke Arah Budaya WFH Yang Lebih Cekap

Dalam pada itu, fungsi lain yang menarik akan hadir ialah ciri undo dan redo rentas pada keseluruhan sistem, pembaharuan aplikasi Files dengan kemampuan yang lebih, Find and Replace yang baharu.

Fungsi Stage Manager pada macOS juga akan dibawa ke iPad. Dengan itu, pengguna dapat menyusun aplikasi dan tetingkap dengan lebih cekap dan pantas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY