Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
battery percentage iphone 14 pro (4)

Paparan Kekal Pada iPhone 14 Pro Akan Dimatikan Bila Apple Watch Berjauhan

Diterbitkan September 14, 2022 · Dikemas kini September 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Model iPhone 14 Pro dan Pro Max ‘satu-satunya’ model yang dilengkap dengan ciri paparan kekal atau ‘always-on-display’, pertama kali dalam sejarah iPhone.

Melaluinya, pengguna dapat melihat jam, widget dan notifikasi tanpa perlu menghidupkan skrin telefon.

Paparan Kekal Pada iPhone 14 Pro Akan Dimatikan Bila Apple Watch Berjauhan

Laporan terbaru memberitakan bahawa jika pengguna memautkan telefon dengan Apple Watch mereka, paparan kekal pada iPhone 14 Pro juga dimatikan apabila telefon mengesan anda berada berjauhan.

Paparan Kekal Pada iPhone 14 Pro Akan Dimatikan Bila Apple Watch Berjauhan

Paparan kekal akan hidup tapi apabila anda sedang memakai Apple Watch dan bergerak berjauhan daripada iPhone, ciri always-on-display akan dimatikan.

Maksudnya, skrin telefon akan terus terpadam seperti biasa seumpama iPhone tanpa AOD. Tidak dipastikan berapakah anggaran jarak yang akan membuatkan AOD dimatikan.

apple-wwdc-2022 2022-09-07 at 2.16.30 PM

Jika anda tidak maklum, Apple Watch dapat mengesan jika anda sedang memakainya atau tidak menerusi sensor-sensornya. Jadi, perkara ini hanya terpakai jika pemilik sedang memakainya di tangan.

Berkaitan

  • Siri iPhone 14 Pro - Berakhirnya Takuk, Satu-Satunya Dengan 'Always-On-Display'
  • iPhone 14 Dan iPhone 14 Plus Kini Rasmi, Dijana Cip Pemproses A15 Bionic
  • Anak Steve Jobs 'Sindir' Pelancaran iPhone 14, Ramai Tersenyum Setuju
  • Kapasiti Bateri Empat Model iPhone 14 Didedahkan, Ini Senarainya
  • Kuo: iPhone 14 Plus Dianggap Strategi Produk Yang Gagal

Kedua-dua model Pro ini menggunakan panel OLED yang mampu memaparkan kadar segar 1Hz – 120Hz, berbanding siri iPhone 13 Pro yang hanya serendah 10Hz.

Selain kadar segar yang rendah, nampaknya ciri mematikan AOD apabila pengguna berjauhan juga akan membantu menjimatkan penggunaan tenaga bateri.

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY