Ini Dia 13 Ciri 'Best' Dalam iOS 16

iOS 16 telah diumumkan secara rasmi pada beberapa bulan lalu. Kemas kini ini akan dilepaskan pada semua pengguna seluruh dunia pada 13 September 2022, waktu Malaysia sekitar jam 1 pagi.

Kami telah mencuba versi beta sejak awal dan ternyata ia agak stabil bersama penawaran ciri-ciri baharu. Klik SINI untuk tahu senarai model iPhone yang akan menerimanya.

Di bawah kami senaraikan ciri-ciri yang anda pasti tidak sabar untuk mencubanya.

{snap}

1. Kustomasi skrin kunci




Pada paparan skrin kunci ini, hanya tekan lama-lama dan anda boleh beberapa pilih set wallpaper. Set-set wallpaper ini mempunyai mood Focus dan widget berbeza. Anda tetapkan sendiri kelak.

Selain itu, pengguna kini boleh memilih font jam, menambah widget. Buat masa ini, widget ini masih terbatas seperti cuaca, bateri.

Astronomy and weather wallpapers

Dari segi wallpaper pula, lebih banyak pilihan kini hadir. Pengguna boleh memilih warna, emoji, gambar potret yang interaktif dengan jam, astronomi dan cuaca yang sentiasa dikemas kini.

Dari skrin kunci ini juga, pengguna boleh pilih mood Focus dengan mudah hanya dengan memilih wallpaper.

Bahagian tarikh juga boleh digantikan maklumat lain contohnya cuaca, suhu, saham, jam penggera, kalori dan lain-lain.

{snap}

2. Kebolehan sunting dan tarik balik mesej dalam iMessage




Ciri ini juga amatlah berguna untuk pengguna yang sering berkomunikasi melalui iMessage.

Jika anda mahu tarik balik (unsend) mesej, anda boleh lakukannya dalam masa 2 minit.

Untuk menyunting mesej seperti jika terdapat typo pula, anda boleh menyuntingnya dalam tempoh lebih lama iaitu 15 minit.

{snap}

3. Paparan di skrin utama ketika media dimainkan




Sebelum ini, apabila media seperti video atau lagi dimainkan, akan ada sebuah 'kotak' atau sering dirujuk sebagai 'media control player' yang benarkan kawalnya.

Posisinya juga sudah diubah ke bawah, sama seperti notifikasi.

Ia masih hadir dengan kotak yang sama tapi lebih interaktif kerana apabila anda tekan cover album, ia akan membesar memenuhi skrin. Ini antara ciri paling menarik, secara peribadi.



Untuk 'seek bar', iOS tidak lagi menampilkan semacam dot petunjuk untuk anda tarik, ubah ke saat/minit anda mahu.

Jika internet anda perlahan, anda dapat lihat animasi seek bar ini yang memanjang dan memendek semasa pertukaran lagi.



Seek bar hanya sebuah garis sekarang tapi anda mahu boleh ubah ke mana-mana saat anda mahu dengan menariknya.

Terdapat sebuah visualiser kecil di sebelah judul lagi. Bertambah menarik, visualiser ini sebenarnya berfungsi mengikut irama lagu dan bukan sekadar hiasan.

{snap}

4. Kedudukan notifikasi kini di bawah dan lebih privasi




Di paparan skrin kunci, notifikasi kini tidak lagi keluar di tengah-tengah skrin, bawah jam. Ia kini diletakkan di bahagian bawah skrin.

Anda akan dapati ia muncul daripada bawah dan perlu tatalnya ke atas untuk melihat semua notifikasi.

Telefon juga tidak terus memaparkan notifkasi sebaliknya menunjukkan dot dan berapa jumlah notifikasi seperti " • 3 Notifications" pada bawah. Tekan padanya atau terus tatal ke atas untuk bacanya.

{snap}

5. SharePlay boleh dikongsi melalui Messages




SharePlay ialah sebuah ciri yang bolehkan pengguna berkongsi kandungan yang mereka sedang strim seperti filem, TV, muzik, dengan pengguna lain melalui FaceTime.

Ringkasnya, berkongsi skrin anda dengan pengguna lain.

Dengan iOS 16, anda boleh kongsikan melalui Message. Ini bermakna jika anda sedang tonton Dr. Strange contohnya, anda tidak perlu lagi buat panggilan FaceTime terlebih dahulu.

Hanya perlu kongsinya melalui Message dan pengguna lain hanya perlu kliknya jika mahu menyertai.

{snap}

6. Family Sharing dan Setup, kawalan ibu bapa terhadap iPhone anak




Dengan Quick Setup, ibu bapa hanya perlu dekatkan saja peranti mereka dengan peranti anak mereka untuk pautkannya di bawah Family Sharing.

Kemudian, ibu bapa boleh menetapkan pelbagai batasan/peraturan seperti kawalan terhadap kandungan dipaparkan.

Selepas dipautkan, anak anda pada bila-bila masa boleh memohon untuk anda lanjutkan masa dengan menghantar permintaan itu melalui Messages. Anda terus boleh lulus dan tolak di situ.

{snap}

7. Perkongsian gambar terus ke awan melalui iCloud Shared Photo Library


Melalui iCloud Shared Photo Library pula, anda boleh cipta album yang disegerakkan terus ke iCloud.

Dengan itu, kesemua peserta dalamnya (maksimum 5 peserta) juga boleh melihat, menyunting dan berkongsi. Kesemua ahli mempunyai tahap akses yang sama.



Bukan saja tambah gambar ke dalamnya secara manual tapi juga anda boleh tetapkan untuk semua gambar diambil daripada kamera, terus dimuat naik ke dalam album iCloud itu.

{snap}

8. Kebolehan memaparkan kata laluan Wi-Fi




Akhirnya, satu ciri yang sepatutnya sudah patut lama wujud tiba. Anda sudah boleh memberitahu orang lain kata laluan Wi-Fi anda dengan menyemaknya di iPhone.

Untuk lihat kata laluan Wi-Fi yang anda sudah tersambung, hanya pergi ke tetapan Wi-Fi dan tap pada kata laluan.

Titik-titik yang menggantikan aksara akan menunjukkan kata laluan selepas identiti anda disahkan melalui Face ID, Touch ID atau passcode.

{snap}

9. Album 'Hidden' dan 'Recently Deleted' kini dikunci




Ciri ini sebenarnya sepatutnya sudah lama wujud. Kini dalam iOS 16, iPhone akan meminta pengesahan biometrik Face ID atau Touch ID jika pengguna mahu membuka album 'Hidden' dan 'Recently Deleted'.

Hanya selepas disahkan barulah anda mendapat akses.

Kini, barulah ciri 'hidden' itu benar-benar membawakan namanya dan relevan.

{snap}

10. Tampalan sekuriti dalam kemas kini berasingan seperti pada Android




Apple memperkenal sebuah lagi ciri iaitu Rapid Security Response di mana melaluinya, iPhone boleh dikemas kini secara automatik untuk tampalan keselamatan.

Ini juga bermakna kemas kini sekuriti tidak lagi disekalikan dengan kemas kini iOS seperti sebelum ini. Perkara ini membolehkan masalah privasi dan keselamatan pengguna dapat diatasi dengan lebih pantas.

{snap}

11. Face ID secara landskap




Sistem operasi terbaru ini akan membolehkan pengguna menyah kunci iPhone walaupun wajah mereka melintang atau landskap.

Ini bermakna walaupun muka anda senget atau tidak selari dengan skrin, FaceID tetap akan mengesan dan menyah kunci.

Pun begitu, masih tiada senarai rasmi model manakah yang menyokongnya.

{snap}

12. Aplikasi Notes yang semakin kemas susunannya




Semua nota yang yang catat dalam aplikasi Notes kini disusun dengan lebih kemas dan sedap dipandang mata.

Ia akan dibahagikan mengikut bulan dan tahun. Selain itu, untuk nota yang dipinkan, anda boleh untuk senaraikannya semua atau sembunyikan, hanya melalui butang anak panah.



Walaupun penambahbaikan ini kecil, tapi sangat memudahkan pengguna.

{snap}

13. Ciri 'Copy and Delete', jimat storan lagi memudahkan




Menerusi ciri ini, anda dengan mudah dapat menyalin tangkap layar tanpa perlu menyimpannya dalam galeri.

Ini bermakna sistem akan menyimpan screenshot tersebut buat seketika dan anda boleg terus menampalnya pada aplikasi lain'

Selepas melakukan screenshot, tekan preview gambar tersebut yang berada di penjuru kiri bawah. Selepas tekan 'Done', kini ada pilihan baru iaitu 'Copy and Delete'.

Ini memudahkan pengguna apabila screenshot gambar yang hanya untuk sekali pakai. Melaluinya, dapat anda kongsikan terus di media sosial tanpa perlu kembali ke Photos untuk padamnya.

{suggest}