Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
airpods 3

iOS 16 Akan Beritahu Jika AirPods Anda Palsu

Diterbitkan September 12, 2022 · Dikemas kini September 12, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Anda sedang guna AirPods copy ori? 1:1 tapi sound macam ori? Atau sedang berkira-kira untuk beli yang versi palsu yang sering diiklan penjual di media sosial?

Berita buruk untuk anda yang anda akan naik taraf iPhone ke iOS 16.

Hal ini kerana dalam versi terakhir beta, iOS 16 mengeluarkan pop-up memaklumkan bahawa AirPods yang sedang anda sambungkan ialah tiruan.

IOS 16 can detect fake AirPods as soon as you open the case. Old V4.6 HiCity Tested : r/RepTronics

Bukan hanya iPhone, tapi juga iPad dikatakan akan turut melakukan perkara sama.

“These headphones could not be verified as genuine AirPods and may not behave as expected,”

Sebuah butang “Learn More” turut disertakan dengan pautan artikel menjelaskan bagaimana membezakan AirPods asli dan tiruan.

Berkaitan

  • 14 Aplikasi Penyunting Video Percuma Untuk Android Atau iOS
  • Apple Ada Perancangan Untuk Cas AirPods Dan Apple Watch Secara Wayarles Pada Skrin iPhone
  • (Ulasan) AirPods 3 - Lebih Baik Dari Yang Lama Tapi Ada Kurangnya
  • (Ulasan) HONOR Earbuds 3 Pro - Kualiti ANC Hampir Seperti AirPods Pro
  • AirPods Pro 2 Dilancarkan Dengan Apple Cip H2
  • Ini Dia 13 Ciri 'Best' Dalam iOS 16

Amaran tersebut juga memberikan pengguna pilihan untuk tidak memautkannya dengan iPhone melalui butang “Dont’t Connect”.

iOS 16 Akan Beritahu Jika AirPods Anda Palsu

Bagaimanapun, sistem masih tidak menghalang sambungan kedua-dua peranti jika anda berhasrat meneruskannya. Ini bermakna anda hanya diberi amaran tetapi masih boleh menggunakan AirPods palsu.

Jika anda menggunakan putik audio jenama selain Apple, jangan risau kerana iPhone anda tidak akan ‘mengganggu’ prosesnya.

Hanya apabila anda cuba sambungkan dengan TWS yang menyamar sebagai AirPods asli yang sistem akan kesan dan maklumkan.

Airpods Pro 2 baru saja dilancarkan minggu lalu. Baca artikel berkenaannya di SINI.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY