Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
EMUI_HC Newsroom

Peranti Huawei Versi Global Akan Kekal Sokong Aplikasi Android

Diterbitkan November 22, 2023 · Dikemas kini November 22, 2023 oleh Amalina Athman

Huawei sebelum ini telah memperkenal HarmonyOS NEXT dengan satu perubahan besar – tanpa sokongan fail APK atau Android Package Kit.

CEO Huawei Richard Yu mendedahkan sistem operasi baharu itu sedia dilancarkan kepada umum, namun ia menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pemilik telefon Huawei, khususnya pengguna global.

Berkaitan

  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras
  • HarmonyOS NEXT Dilapor Tidak Lagi Sokong Aplikasi Android

Bagi menjelaskan segala kekeliruan, Huawei memaklumkan bahawa buat masa ini syarikat itu tiada perancangan menawarkan sistem operasi baharu untuk unit pasaran global.

Sebaliknya, telefon dan tablet di luar China akan terus menjalankan Emotion UI (EMUI) – berasaskan Android Open Source Project, tetapi tanpa aplikasi dan perkhidmatan Google, dengan mengekalkan sokongan fail APK.

Selain itu, Huawei turut mengesahkan akan terus menggunakan penjenamaan EMUI untuk peranti di luar China, sehingga ia benar-benar yakin bahawa pengguna bersedia untuk menerima peralihan kepada HarmonyOS.

Dalam masa yang sama, syarikat itu akan terus meningkatkan sokongan untuk pembangun di seluruh dunia. Huawei membangunkan komuniti besar untuk pembangun aplikasi, semata-mata bagi memastikan aplikasi Android daripada pihak ketiga berfungsi dengan baik pada telefonnya, tanpa perkhidmatan Google.

  • Beli produk Huawei di Shopee: https://invl.io/clkbbzi
  • Beli produk Huawei di Lazada: https://invol.co/clkbbzm

Sumber: GSMArena

Gambar utama: Huawei Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
  • Netflix Perkenal Tab Baharu 'AI Discover'
  • Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU
  • Senarai Telefon Xiaomi, REDMI Dan POCO Yang Terima HyperOS 4, Mula Diedarkan Hari Ini
  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
©2026 WISER.MY