Kini, ciri tersebut sekali lagi timbul dimana imej paten yang difailkan oleh Huawei sudah diterbitkan pada laman CNIPA. Permohonan paten itu dikatakan dibuat pada 28 Oktober 2019.
Berdasarkan imej, paparan melengkung pada sisi dan tidak disertakan dengan butang fizikal. Ini mengingatkan kita kepada siri Mate 30 yang menggunakan butang haptik.
Selain itu panel hadapan juga tidak menunjukkan sebarang rekaan takuk mahupun paparan berlubang. Ini sedikit sebanyak memberi gambaran ciri kamera hadapan disebalik paparan bakal digunakan.
Menguatkan lagi perkara ini, perkhabaran dari China ada menyatakan Huawei bakal menjadi pengeluar pertama dengan teknologi tersebut dan diramal hadir pada siri Mate 40.
Terdahulu, Naib Presiden OPPO Brian Shen ada menyatakan kualiti imej kamera disebalik paparan mungkin tidak setanding kamera hadapan biasa.
Walaupun begitu, kenyataan itu dibuat pada tahun yang lalu dan mungkin Huawei mempunyai solusi untuk masalah itu.
Sumber: Lets Go Digital
Beli Huawei siri P40 di Lazada (https://invol.co/clojh4) atau Shopee (https://invol.co/clojh0).
Beli Huawei siri Mate 30 di Lazada (https://invol.co/clojh9) atau Shopee (https://invol.co/clojha)
Berkaitan
- Huawei Nafi Laporan Bersedia Menjual Cip Modem 5G Kepada Apple
- Beli Siri Huawei P40 Pada 29 April, Anda Dapat Freebuds 3 Bernilai RM679
- Huawei MediaPad M5 Dan M5 Pro Dilancarkan Secara Rasmi Untuk Pasaran Malaysia
- Huawei Akan Lancarkan 8 Produk 23 Februari Ini
- Imej Ini Didakwa Gambaran Sebenar Tetapan 3 Kamera Huawei P20
- Kapasiti RAM Dan Saiz Memori Huawei Mate 20 Sudah Didedahkan
- Huawei Mate 30 Pro Mungkin Tidak Akan Dilindungi Gorilla Glass
- Huawei Mate 10 Dijual RM400 Lebih Murah Dari Harga Asal
- Rm2699 Adalah Harga Pasaran Huawei Mate 10 Di Malaysia
- Reka Bentuk Serta Spesifikasi Huawei Nova 3 Tertiris