Perancis Latih Burung Helang Untuk Buru Dron Pengganas

Walaupun hidup dizaman yang penuh dengan alatan yang serba canggih, Perancis memilih burung helang bagi melakukan tugasan menangkap dron yang terbang mengintip di ruang angkasa mereka.

Pihak tentera negara tersebut dilaporkan melatih 4 ekor burung helang yang diberi nama:

  1. d’Artagnan

  2. Athos

  3. Porthos

  4. Aramis


Nama itu diinspirasikan dari karakter sastera klasik popular, The Three Musketeers.

https://www.youtube.com/watch?time_continue=11&v=V7XwMhEub18

Keempat-empat helang tersebut menetas pada tahun lepas dan kini giat dilatih untuk menangkap dron yang terbang. Menurut laporan dari The Washington Post, pihak tentera meletakkan helang itu berdekatan dengan dron sejurus selepas menetas untuk jangka masa yang singkat.

Kemudian mereka diajar untuk memburu dron  dan diberikan ganjaran berupa daging yang dilekatkan pada dron tersebut.

Berikutan serangan pengganas yang pernah berlaku di ibu negara tersebut dua tahun yang lepas, pihak ketenteraan mengambil langkah berjaga-jaga dengan melatih helang untuk memantau ruang angkasa mereka. Ia juga bertujuan mengelakkan penggunaan senjata api dikawasan awam yang sesak.

Sebagai langkah tambahan, tentera Perancis turut mencipta aksesori berteknologi tinggi yang akan membantu burung pemburu itu ketika bertarung dengan dron. Sebelum ini, pihak polis Belanda turut menggunakan kaedah yang sama untuk mengiringi VIP.

Sumber: The Next Web