Nokia 105 dan Nokia 220 4G Diperkenalkan Pada Harga Sekitar ~RM60

Walaupun pengguna telefon pintar lebih terarah kepada penawaran peranti yang mempunyai skrin paparan sesentuh, HMD Global masih lagi berusaha membawakan peranti dengan butang fizikal bersama-sama sejumlah ciri asas pada harga yang sangat mampu milik.

Dua peranti telah diperkenalkan semula iaitu Nokia 105 dan Nokia 220 4G yang mana ia diberi nafas baru berbanding versi yang diperkenalkan beberapa tahun lalu.

Nokia 105

Model ini pertama kali diperkenalkan pada 2017 dan melalui versi yang terbaru ini, ia mempunyai keupayaan menyimpan sehingga 2000 kenalan serta 500 SMS. Nokia 105 turut dilengkapi dengan ciri lampu suluh LED untuk kemudahan pengguna.

https://www.youtube.com/watch?v=qPggXGgSmUk

Menjana peranti adalah bateri 800mAh yang boleh dicabut, port MikroUSB serta bicu audio 3.5mm. Lain-lain ciri yang terdapat adalah aplikasi FM Radio dan ia ditawarkan dengan tiga warna iaitu biru, hitam dan merah jambu pada nilai €13 iaitu sekitar ~RM60 mengikut tukaran matawang asing semasa.

Nokia 220 4G

Lebih "premium" sedikit berbanding Nokia 105, Nokia 220 4G merupakan peranti yang diinspirasikan dari model Nokia 220 keluaran 2014. Ia menyediakan aplikasi pelayar web, media sosia, beserta beberapa permainan mudah alih klasik.

Peranti ini hadir dengan panel polycarbonate dan boleh dimuatkan dengan dwi kad sim (nano + mini). Nokia 220 4G dibekalkan dengan bateri 1200mAh, menjanjikan ketahanan sehingga 6 jam waktu berbual dan daya pengecasan dibuat menerusi port MikroUSB. Harga jualan yang ditetapkan adalah €39 (~RM179).

https://www.youtube.com/watch?v=w8swNT2Q8AM

Buat masa sekarang kedua-dua peranti hanya dipasarkan di Eropah dan tidak dapat dipastikan sama ada ia akan dibawa ke dalam pasaran lain ataupun tidak.