Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mi 9_maxis zerolution

Miliki Mi 9 Dari RM45/Bulan Melalui Pelan Zerolution Dari Maxis

Diterbitkan Mei 10, 2019 · Dikemas kini Mei 10, 2019 oleh Helmi Samsuri

Memasuki pasaran Malaysia pada awal April yang lepas, Mi 9 mendapat tumpuan ramai dimana ia merupakan peranti dilengkapi dengan Snapdragon 855 termurah setakat ini.

Hari ini, Mi Malaysia dan Maxis telah mengumumkan telefon pintar kelas atasan itu akan ditawarkan sebagai salah satu peranti dalam pelan Zerolution dan juga pembelian secara kontrak.

Menerusi pelan Zerolution, anda boleh mendapatkan Mi 9 bersama penjimatan sehingga 46% dari harga pasaran serta faedah 0% bagi ansuran bulanan. Tiada pembayaran pendahuluan dikenakan dan tidak memerlukan kad kredit untuk memohon pelan ini.

Maxis Zerolution – Mi 9 (6GB+128GB)

  • MaxisONE Plan 188 – RM45/bulan
  • MaxisONE Plan 158 – RM61/bulan
  • MaxisONE Plan 128 – RM75/bulan
  • MaxisONE Plan 98 – RM83/bulan

Bagi yang pembelian secara kontrak pula, penjimatan sehingga 50% berbanding harga pasaran boleh dinikmati.

Kontrak normal – Mi 9 (6GB+128GB)

  • MaxisONE Plan 188 – RM999
  • MaxisONE Plan 158 – RM1099
  • MaxisONE Plan 128 – RM1399
  • MaxisONE Plan 98 – RM1599

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran ini, boleh lawati Maxis.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY