Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kini Giliran ARM Pula Menghentikan Hubungan Dengan Huawei

Kini Giliran ARM Pula Menghentikan Hubungan Dengan Huawei

Diterbitkan Mei 22, 2019 ยท Dikemas kini Mei 22, 2019 oleh Helmi Samsuri

Sepanjang minggu ini dan mendatang, pastinya topik perbualan akan berkisar mengenai sekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Huawei.

Beberapa hari lalu, kita telah diberitakan dengan halangan perniagaan antara Huawei dan gergasi teknologi lain seperti Google, Qualcomm serta Intel, terkini mengambil giliran adalah ARM.

Berdasarkan laporan dari BBC, syarikat pereka bentuk yang berpengkalan di UK itu sudah mengeluarkan arahan kepada kakitangan mereka supaya menghentikan urusan perniagaan seperti kontrak aktif dan lain-lain dengan Huawei.

Hal ini disebabkan oleh reka bentuk ARM yang digunakan sebagai asas kebanyakkan pemproses peranti mudah alih di seluruh dunia turut mengandungi teknologi asal Amerika Syarikat.

Laporan turut menyatakan penganalisis berpendapat sekiranya halangan ini bersifat jangka masa panjang, ia ibarat satu pukulan yang hebat bagi perniagaan Huawei. Ini berikutan teknologi untuk membangunkan cip pemprosesan sedia ada bergantung kepada teknologi reka bentuk ARM.

Mengulas lanjut mengenai perkara yang terjadi, jurucakap Huawei menyatakan kepada laman Android Authority, mereka menghargai hubungan dengan syarikat-syarikat terlibat tetapi memahami tekanan yang dihadapi akibat keputusan yang berunsur politik itu. Huawei turut yakin situasi tersebut dapat menemui jalan penyelesaian dan keutamaan mereka tetap kekal untuk terus menyediakan teknologi dan produk bertaraf dunia kepada pengguna seluruh dunia.

Melihat kepada tindakan yang diambil ARM ini, ia sudah pasti menimbulkan kegusaran ramai pihak tentang nasib pasaran telefon pintar Huawei selepas ini.

Sumber: BBC dan Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY