Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Panggilan Video Mula Hadir Pada Aplikasi Whatsapp Versi Beta

Panggilan Video Mula Hadir Pada Aplikasi Whatsapp Versi Beta

Diterbitkan Oktober 26, 2016 · Dikemas kini Oktober 27, 2016 oleh Helmi Samsuri

Aplikasi pemesejan terkemuka Whatsapp sudah mula menyokong fungsi panggilan video. Menurut suatu sumber, fungsi itu mula didapati pada sesetengah platform beta  sejurus selepas versi Windows Phone dikeluarkan.

Berita kehadiran sokongan fungsi panggilan video mula muncul di internet pada laman blog Android Police, yang mana sesetengah pengguna aplikasi versi beta berjaya mengakses fungsi baru itu. Bagi pengguna yang mempunyai fungsi panggilan video ini, mereka hanya perlu menekan butang panggilan pada senarai panggilan. Cara yang sama seperti panggilan suara yang biasa. Selepas itu, kotak dialog akan muncul dan pengguna boleh memilih samada mahu menggunakan panggilan video ataupun suara. Selain itu, log panggilan akan membezakan panggilan yang dibuat dengan memaparkan ikon kamera.

ap_resize

Walaubagaimanapun, pengguna tidak boleh membuat panggilan ke nombor yang tidak mempunyai sokongan fungsi ini. Jika anda tetap membuat panggilan video, ia akan bertukar menjadi panggilan suara yang biasa.

Perubahan ini tidak terhad kepada platform android kerana diberitakan sesetengah pengguna Whatsapp versi beta untuk Windows Phone turut merasai ciri ini. Untuk Windows Phone, panggilan ini menggunakan kaedah membuat panggilan yang sama seperti Android. Pengguna hanya perlu menekan butang panggilan dan boleh memilih untuk membuat panggilan suara ataupun video. Semasa panggilan dibuat, pengguna boleh membisukan (mute) panggilan atau menukar kamera.

whatsapp-video-calls

Untuk pengetahuan semua, fungsi ini pernah disertakan pada versi beta yang dikeluarkan bulan Mei yang lalu. Tetapi setelah menyedari perkara itu, syarikat berkenaan telah membuang sokongan fungsi terbabit.

Dengan kehadiran ciri baru ini, Whatsapp dilihat mahu kekal bersaing dengan aplikasi yang lain seperti contoh Google Duo kerana panggilan video semakin mendapat perhatian pengguna telefon pintar.

Sumber: Tech Crunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY