Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kaji Selidik: India Tawar Pembelian Data Internet Paling Murah Di Dunia, Malaysia Dikedudukan Ke-15

Kaji Selidik: India Tawar Pembelian Data Internet Paling Murah Di Dunia, Malaysia Dikedudukan Ke-15

Diterbitkan Mac 7, 2019 · Dikemas kini Mac 7, 2019 oleh Helmi Samsuri

Satu kaji selidik mengenai harga data mudah alih di 230 buah negara melibatkan 6313 pelan data mudah alih telah dijalankan oleh Cable.co.uk.

Informasi mengenai harga untuk membeli data dikumpul bermula dari 23 Oktober sehingga 28 November dan hasil kajian, menyenaraikan India sebagai negara yang menawarkan data 1GB pada harga paling murah di dunia.

Bagi pengguna di India, internet 1GB dinilaikan pada harga purata $0.26 (~RM1.06). Harga paling murah pula dicatatkan pada nilai $0.02 sementara harga paling mahal adalah $1.40.

Screenshot 2019-03-07 at 10.59.10 AM

Menurut Dan Howdle, penganalisa dari Cable.co.uk, antara faktor India mempunyai data mudah alih termurah adalah kerana populasi negara itu mempunyai kesedaran yang tinggi tentang teknologi. Selain itu, ia juga disebabkan pasaran telefon pintar yang kukuh serta persaingan.

Senarai 5 negara dengan harga termurah adalah seperti dibawah.

  1. India – ($0.26)
  2. Kyrgyzstan – $0.27
  3. Kazakhstan – $0.49
  4. Ukraine – $0.51
  5. Rwanda – $0.56

Negara kita, Malaysia diletakkan pada kedudukan ke-15 dengan harga purata $1.18 (~RM4.82). Harga termurah pula adalah $.24 (~RM0.98) dan paling mahal ialah $3.27 (~RM 13.37).

Screenshot 2019-03-07 at 11.07.53 AM

Negara lain didalam Asia Tenggara pula boleh dilihat dibawah;

  • (9)Myanmar – $0.87
  • (15) Malaysia -$1.18
  • (17) Indonesia -$1.21
  • (20) Vietnam – $1.31
  • (23) Kemboja – $1.49
  • (55) Thailand – $2.78
  • (67) Filipina – $3.16
  • (81) Singapura – $3.67
  • (94) Timor Leste – $4.48
  • (115) Brunei – $5.25

Negara-negara maju seperti Amerika Syarikat(182) pula mencatatkan harga purata $12.37, Jepun (154) $8.34, Korea Selatan (201) $15.12 dan China (165)$9.89.

Diakhir senarai pula diduduki oleh Zimbabwe, menjadikannya sebagai negara paling mahal untuk penawaran data muda alih berkapasiti 1GB.

Screenshot 2019-03-07 at 11.17.27 AM

Harga purata yang dikenal pasti adalah $75.20 (~RM307.42), harga paling murah adalah $12.50 (~RM51.10) dan paling mahal $138.46 (~RM566.02).

Menjelaskan mengenai kaji selidik ini,  Howdle, menyatakan kebanyakkan negara-negara ini boleh dikelaskan dalam salah satu kategori atau lebih.

Pertamanya negara dengan infrastruktur 4G yang baik akan lebih cenderung menawarkan data mudah alih dengan harga murah seperti India dan Finland.

Kedua, kebergantungan. Negara-negara yang kurang ketersediaan jalur lebar tetap akan lebih bergantung kepada data mudah alih. Ini menjadikan pesaingan meningkat menjurus kepada harga yang lebih murah contohnya seperti di Kyrgyzstan dan Kazakhstan.

Seterusnya adalah penggunaan yang rendah. Walaupun perkhidmatan tersedia dengan meluas tetapi budaya digitalnya terhad turut menjadi faktor harga yang mahal seperti Djibouti dan Equatorial Guinea.

Kategori terakhir adalah negara maju yang mana ia selalunya hadir dengan prasarana baik. Populasinya juga mampu melanggan pada harga yang lebih seperti di UK dan Jerman.

Sumber: Cable.co.uk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY