Pepijat ini juga didakwa digunakan di dalam permainan atas talian membuatkan konsol pihak lawan crash dan tidak dapat menghabiskan perlawanan. Berikut merupakan screenshot yang menunjukkan pesanan yang diterima:
Pengguna Reddit juga memberikan cara untuk memadam pepijat tersebut seterusnya menyelamatkan konsol PS4 mereka dari crash. Pengguna telah memuat turun aplikasi Messaging Sony PS4 ke dalam telefon pintar mereka. Aplikasi tersebut boleh didapati untuk peranti iOS dan Android.
Untuk konsol yang belum lagi dicemari oleh pepijat ini, pengguna boleh menghalang pepijat tersebut dari menjangkiti konsol anda. Caranya adalah menghadkan kebebasan menerima pesanan kepada kenalan anda sahaja. Tetapan ini berada di bahagian Settings-Account Management-Privacy Settings.
Untuk konsol yang sudah terjangkit, pihak Sony telah memberikan panduan bagaimana proses reboot konsol anda dalam Safe Mode. Setelah proses ini selesai, konsol anda akan dapat dimulai semua di samping membantu membaiki masalah freeze dan frame rate drops. Sony juga memberitahu proses Safe Mode ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Mereka juga tidak memberikan tarikh sebagai respon untuk mengelakkan pepijat di atas dari menggangu konsol PS4 mereka.
Sumber: engadget, hothardware
Berkaitan
- Samsung Mulakan Proses Pembuatan Cip 16Gb LPDDR4X Generasi Ke-2
- Microsoft Surface Go Kini Boleh Di Pra-Tempah Dengan Harga Permulaan RM 1,749
- Infinix Hot 10s, Bateri 6000mAh, Kadar Segar Semula 90Hz Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM499
- Japan Display Mencari Dana Untuk Membekalkan Panel LCD
- SPECTRIX D80 DDR4 RGB: Modul Memori RAM Dengan Penyejukan Hybrid
- PlayStation 5 Akan Guna Cip Baru Menjelang Tahun 2022
- 4 Sebab HONOR Magic5 Pro Jadi Antara ‘Flagship’ Penting 2023
- AMD Threadripper 2 2970WX Sudah Boleh Mula Didapati Di Negara Ini Dengan Harga Jualan Bermula Dari RM 2749
- Sudah Boleh Pra-Tempah HONOR Siri MagicBook X 14 Dan X 15 Pada Harga Bermula RM2299
- Pusingan Playoff MPL Musim 7 Akan Diadakan Secara Online