Peperangan Tarif Antara US Dan China Memberi Kesan Kenaikan Harga Kepada Industri Elektronik

Peperangan ekonomi yang berlaku sekarang di antara Amerika Syarikat dan China sedikit sebanyak akan mempengaruhi industri teknologi di antara kedua-dua buah negara kuasa dunia tersebut.

China sebagai negara pembuatan terbesar di dunia, menempatkan fasiliti pembuatan produk-produk syarikat Amerika dan Eropah. Bila tarif dikenakan di sesebuah negara, kesan pertama yang dapat dilihat adalah kos tambahan yang dikenakan.

Disebabkan itu, syarikat pembuatan mempunyai 2 langkah untuk mengatasinya: menyerap sendiri kos tersebut seterusnya mengurangkan peratusan keuntungan mereka atau menaikkan harga jualan produk mereka. Sudah pasti pilihan kedua menjadi pilihan utama kepada perusahaan-perusahaan besar.



Terdapat cakap-cakap di kalangan orang industri di China terutamanya AMD & NVIDIA untuk memindahkan fasiliti mereka di China ke negara lain. Negara seperti Mexico dan Taiwan menjadi calon kuat kerana menawarkan kos buruh yang rendah dan semestinya tidak terlibat dengan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.



Walau bagaimanapun, tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat sudah dilaksanakan dan harga kad grafik selepas ini dijangkakan akan meningkat sehingga 10-15% dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Sumber

Berkaitan