Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Bersama-Sama Synaptics Bangunkan Sistem Biometrik Untuk PC

AMD Bersama-Sama Synaptics Bangunkan Sistem Biometrik Untuk PC

Diterbitkan Julai 13, 2018 · Dikemas kini Julai 13, 2018 oleh Wiser MY

Advanced Micro Devices dan Synaptics akan bekerjasama dalam membawakan sistem keselamatan biometrik ke dalam PC. AMD melalui cip Ryzen mereka dan Synaptics melalui sensor FS7600 Match-In-Sensor akan digabungkan bersama bagi mewujudkan sistem keselamatan yang boleh diharapkan. Tidak dipastikan lagi cip Ryzen mana yang sedang diusahakan bersama Synaptics untuk tujuan di atas.

AMD Bersama-Sama Synaptics Bangunkan Sistem Biometrik Untuk PC

Idea mereka sama seperti telefon pintar, memastikan sistem keselamatan ini mempunyai saluran khusus dan tidak bercampur dengan saluran-saluran lain. Ini disebabkan sistem operasi Windows dikenali sebagai sistem operasi yang ‘lopong’ dan tidak selamat.

Microsoft pernah cuba melakukan perkara yang sama melalui Windows Vista tetapi hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Windows Vista kekal diingati sebagai sistem operasi Windows yang tidak mesra pengguna dan terlalu perlahan.

AMD Bersama-Sama Synaptics Bangunkan Sistem Biometrik Untuk PC

 

AMD cuba mengintegrasikan sensor FS7600 dari Synaptics ke dalam platfom Ryzen mereka manakala Qualcomm sudah pun menjalinkan kerjasama bersama AMD dalam teknologi Always Connected PC.

Ini berita baik untuk pengguna AMD dan mereka berada di landasan yang baik dalam usaha mereka menghidupkan kembali jenama mereka di kalangan pengguna PC. AMD dalam proses menghasilkan cip CPU terbaru Zen generasi kedua yang menggunakan teknologi fabrikasi 7nm dan kad grafik dengan senibina Navi dengan teknologi fabrikasi yang sama.

Sumber: SemiAccurate, Windows Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY