Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Akan Menghasilkan Tenaga Elektrik Bersih Lebih Banyak Dari US Sekarang Pada Tahun 2030

China Akan Menghasilkan Tenaga Elektrik Bersih Lebih Banyak Dari US Sekarang Pada Tahun 2030

Diterbitkan Jun 3, 2017 oleh Wiser MY

Pada hari khamis lalu, Elon Musk telah menolak beberapa dakwaan Presiden Donald Trump selepas negara itu telah keluar dari Perjanjian Klimat Paris.

Musk telah meletakkan pendirian terbaru Amerika Syarikat di dalam konteks komitment China untuk menghasilkan tenaga bersih di dalam satu tweet beliau.


Under Paris deal, China committed to produce as much clean electricity by 2030 as the US does from all sources today https://t.co/F8Ppr2o7Rl

— Elon Musk (@elonmusk) June 1, 2017


Musk telah merujuk kepada data terhadap prestasi semasa dan ramalan China di bawah perjanjian itu, yang mereka berikrar untuk melaksanakannya.

Maklumat ini sama sekali bertentangan dengan dakwaan Presiden Trump yang mengatakan perjanjian Paris itu akan memberi China akses penuh untuk menggunakan sumber minyak asli.

Malah China sudah pun mendahului Amerika Syarikat dalam menurunkan pengeluaran gas rumah hijau.

Negara tembok besar itu juga telah melabur dalam tenaga boleh diperbaharui lebih dari negara lain di dunia dan akan meningkatkannya ke RM 1.54 trilion pada tahun 2020.

Penarikan diri Amerika Syarikat ini akan membuatkan keadaan lebih sukar kepada negara-negara lain untuk mencapai matlamat perjanjian Paris kerana U.S telah menghasilkan 15 % dari semua pengeluaran karbon dunia.

Langkah ini boleh mengakibatkan kerenggangan hubungan diplomatik kerana hampir semua negara bersetuju mengikuti perjanjian itu.

Masalah domestik juga bakal berlaku kerana syarikat korporat Amerika seperti Apple, Google, Tesla dan juga Exxon Mobil bersetuju dengan perjanjian tersebut.

Tanpa perjanjian ini, Amerika Syarikat juga akan kehilangan peluang dalam melabur dalam teknologi yang boleh diperbaharui.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY