Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mahkamah Di China Menolak Permohonan Paten iPhone 6

Mahkamah Di China Menolak Permohonan Paten iPhone 6

Diterbitkan Mac 28, 2017 oleh Wiser MY

Mahkamah Beijing telah menolak keputusan yang Apple telah melanggar satu paten pengeluar China, cubaan pengawal selia harta intelek menghalang penjualan telefon itu di negara tersebut.

Pada Jun lepas, syarikat Shenzhen Baili menyaman Apple mendakwa mereka iPhone 6 telah melanggar paten 100c, telefon pintar mereka. Tidak lama selepas itu, pejabat Harta Intelek Beijing mengesahkan iPhone telah melanggar hak paten Shenzhen, dengan Apple meniru rekaan luar telefon 100c.

Apple diarah menghentikan jualan serta-merta di Beijing tetapi rayuan dari tribunal paten membenarkan penjualan iPhone 6 dan iPhone 6 Plus. Harini Mahkamah Beijing telah mengeluarkan keputusan mahkamah yang menghentikan pertikaian ini.


“Mahkamah mendapati Apple tidak melanggar hak cipta paten syarikat Shenzhen Baili dan membatalkan keputusan untuk menarik penjualan iPhone dari pasaran.” keputusan dilaporkan oleh People’s Court Daily.


Mahkamah Beijing telah mendapati ciri iPhone 6 mengubah keseluruhan produk dan membuatkan kedua-dua telefon(iPhone dan 100c) mudah dikenalpasti oleh pengguna.

Keputusan ini pasti memberi tamparan lagi kepada syarikat China itu di mana ketika kes pertama yang mereka menang, syarikat itu sebuah syarikat yang kecil yang wujud di pasaran telefon pintar. Syarikat itu bersama dengan syarikat induk, Digione tidak lagi menjadi pesaing dalam pasaran telefon pintar China setelah mendapat kritikan awam mengenai produk mereka yang tidak mempunyai kualiti.

Peguam Apple merasa lega dengan keputusan mahkamah kerana Apple selalu kalah dalam saman harta intelek pada masa lalu. Dalam May 2016, sebuah jenama kulit “iPhone” telah menang kes saman yang dibuat Apple selepas mahkamah mengatakan Xinton Tiandi telah mendaftar perkataan itu sebagai ‘trademark’ pada tahun 2007, sementara telefon Apple masuk ke pasaran China pada tahun 2009.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY