Digital Trends melaporkan sebilangan pengguna menghadapi masalah seperti crash, BSOD, artifacts dan juga kegagalan kad untuk berfungsi sepenuhnya. Masalah tersebut tidak tertakluk kepada kad asal (Founders Edition) malah dikatakan menjejaskan kad-kad pihak ketiga (AIB) lain.
Majoriti masalah ini dihadapi oleh kad RTX 2080 Ti tetapi kad lain seperti RTX 2080 juga tidak terkecuali berdasarkan kiriman di Reddit.
Terdapat pelbagai teori mengenai punca permasalahan; senibina Turing, masalah pembuatan di kilang. Walau apa pun, reputasi NVIDIA sedikit sebanyak terhakis selepas kad grafik pasaran pengguna paling premium mereka untuk tahun ini dilanda masalah tersebut.
Sebagai pengenalan, kad grafik GeForce RTX 2080 Ti dijual dengan harga melebihi RM 5,000 dan menampilkan teknologi Ray-tracing dan DLSS (Deep Learning Super Sampling) yang dikatakan datang 10 tahun lebih awal dari yang sepatutnya.
NVIDIA sementara itu telah memberikan respon mereka mengenai isu ini dan mengatakan kad yang bermasalah tersebut masih di dalam kuantiti yang kecil. Mereka sedang bekerja keras dengan setiap individu yang terlibat bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Sumber
Berkaitan
- Nampaknya Anda Tidak Boleh Menyekat Mark Zuckerberg Dan Isterinya Di Facebook
- Kajian Mengatakan Pengguna AirPods Berpuas Hati Dengan Pembelian Mereka
- Titan V, Kad Grafik PC Paling Pantas Dari Nvidia Setakat Ini
- Razer Lancar Opus X, Fon Kepala Pembatalan Hingar Aktif
- Kematian Melibatkan Telefon Pintar Meletup Semasa Sedang Dicaj
- The International 7 Bakal Menjanjikan Aksi Terbaik Dari Pasukan-Pasukan Handalan Dunia
- Menangi ROG Phone Dengan Setiap Pembelian Komputer Riba ROG
- Ikuti Langkah Ini Untuk Menang DJI Pocket 2 Sunset White (RM1939)
- Permainan Simulasi Garena Fantasy Town Tiba Di Malaysia
- Memang Berbaloi, Telefon Ni Kamera Cantik, Cas Selaju 120W Tapi Harga Bawah RM1500