Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spesifikasi AMD Threadripper Generasi Ke-2 Disahkan Dengan Perbandingan Prestasi Bersama Intel Core-i9 8 Teras

Spesifikasi AMD Threadripper Generasi Ke-2 Disahkan Dengan Perbandingan Prestasi Bersama Intel Core-i9 8 Teras

Diterbitkan Julai 31, 2018 oleh Wiser MY

HWBot, sebuah penganjur dan laman sesawang yang mengutip hasil keputusan ujian sistem yang menggunakan pelbagai cip pemprosesan PC telah mendedahkan beberapa butiran mengenai cip Ryzen Threadripper generasi ke-2 yang berdasarkan senibina 12nm Pinnacle Ridge.

Walaupun senarai tidak mendedahkan butiran secara terperinci tetapi maklumat-maklumat asas disertakan di dalam senarai tersebut. Cip Ryzen keluarga Pinnacle Ridge ini dijangka akan diumumkan pada 13 Ogos ini.

Spesifikasi AMD Threadripper Generasi Ke-2 Disahkan Dengan Perbandingan Prestasi Bersama Intel Core-i9 8 Teras

Untuk tetapan yang paling tinggi, Ryzen Threadripper 2990X bakal menggunakan teras kiraan sehingga 32 dan bebenang 64 dengan TDW sehingga 250W dan clockspeed asas 3.4GHz.

Dari segi perbandingan dengan Ryzen Threadripper generasi pertama, Threadripper 2950X mengekalkan kiraan teras yang sama tetapi nilai TDW yang lebih rendah berbanding 180W sebelum ini.

Diingatkan ini adalah cip Zen+ yang menggunakan teknik fabrikasi TSMC 12nm dan berbeza dengan Zen 2 yang dikatakan akan menggunakan teknik fabrikasi 7nm.

Dalam perkembangan lain, cip Ryzen 2990X telah diuji bersama dengan satu lagi cip Intel yang sekarang ini masih lagi dalam khabar angin, Intel Core i9-9900K.

Spesifikasi AMD Threadripper Generasi Ke-2 Disahkan Dengan Perbandingan Prestasi Bersama Intel Core-i9 8 Teras

Di dalam gambar dengan warna merah adalah cip yang didakwa sebagai Intel Core i9-9900K yang menggunakan 8 teras/16 bebenang. Namun identiti cip tersebut tidak dapat disahkan oleh ujian tersebut dan ketika ini hanya berpandukan kepada kiraan teras.

Intel Core i9-9900K dikatakan akan menjadi cip Intel kelas pengguna pertama yang akan menggunakan kiraan 8 teras dengan clockspeed yang bermula dari 3.6GHz.

Spesifikasi AMD Threadripper Generasi Ke-2 Disahkan Dengan Perbandingan Prestasi Bersama Intel Core-i9 8 Teras

Ryzen Threadripper 2990X sudah muncul di peruncit atas talian Cyberport di Jerman dengan harga jualan bermula dari €1509 (RM 7,175). Cip Intel Core i9-9900K dan Ryzen Threadripper generasi ke-2 dijangka akan membuat kemunculan bermula dari bulan hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY