Seorang Pelajar Universiti New York Mencuba Pengalaman Bekerja Di Kilang iPhone Di China

Seorang pelajar Universiti New York telah mengambil peluang pekerjaan musim panas di Kilang Pembuatan iPhone di Pegatron.

Dejian Zeng, seorang lepasan ijazah mendapat pekerjaan di kilang Pegatron di China sebagai sebahagian penyelidikan yang dia sedang lakukan.

Zeng bekerja di bawah pemerhatian China Labor Watch bagi mengumpul maklumat tentang apa yang berlaku di dalam kehidupan seorang pekerja di kilang pembuatan iPhone di China.

Dia menghabiskan masa selama 6 minggu sebagai pekerja kilang untuk Pegatron dan memperincikan pengalamannya di dalam sebuah transkrip.

Zeng menggambarkan pekerjaannya di sana melibatkan kerja-kerja pemasangan yang membosankan.

Ini kerana kerja yang dilakukan adalah benda yang sama dan berulang.

Dengan peraturan tempat kerja yang ketat serta waktu rehat yang singkat, Zeng mendapati tiada plihan lain seperti mendengar lagu untuk merangsang otaknya sambil melakukan kerja.

Perkara lain yang disedari Zeng ialah pekerja dikehendaki memakai uniform yang disediakan.

Hanya satu uniform yang disediakan untuk satu pekerja dan mereka dilarang untuk berbaring pada waktu kerja bagi mengelakkan uniform mereka kotor.

Zeng juga memberi pendapat tentang polisi kerajaan Amerika Syarikat yang ingin syarikat negara mereka membina kilang pembuatan di Amerika Syarikat.

Dengan gaji pokok yang sangat rendah di China, Zeng menjangkakan kerja-kerja di kilang Amerika Syarikat akan digantikan dengan mesin.

Adalah agak mustahil bagi pengeluar untuk membayar gaji yang tinggi kepada pekerja Amerika dan dalam masa yang sama cuba untuk membendung kenaikan harga kos pembuatan.

Sumber