Projek Canis: Satu Kerjasama Antara AMD Dan Intel Dalam Menghasilkan Kad Grafik

Sudah diketahui sebelum ini yang Intel dan AMD telah bersetuju untuk bekerjasama (JV) untuk menghasilkan kad grafik berprestasi tinggi. Projek tersebut dinamakan Projek Canis sempena nama bintang terbesar yang diketahui dalam alam semesta.

JV yang akan menggabungkan kepakaran fasiliti fabrikasi Intel dengan matlamat Radeon Technologies Group (RTG) dalam menghasilkan solusi grafik. Dengan kata lain, kad grafik RX Canis ini akan direka oleh pasukan RTG dan akan difabrikasikan oleh Intel.

https://youtu.be/2Rgo32f6wk8

RX Canis akan menggunakan teknologi fabrikasi 10nm Intel yang akan mengandungi 2 litar elektronik (die) yang berdimensi 400mm² yang masing-masing disambungkan bersama menggunakan sambungan TSV yang baru.

Setiap litar akan mengandungi 80 unit kawalan dengan setiap satu unit kawalan mengandungi 64 SP (stream processor) yang membawa kepada jumlah kepada 10, 240 SP di dalam satu kad. Dengan prestasi yang dapat dilihat melalui seni bina Zen di dalam Ryzen digabungkan dengan teknik fabrikasi oleh Intel, laporan awal mengatakan yang kad grafik terbaru ini boleh mencapai kelajuan jam sehingga 2.4 GHz.

Spesifikasi tertiris RX Canis:

  • Senibina: Canis 10

  • Stream Processors: 10, 240

  • Core clock speed: 1800 MHz, 2441 MHz (boosted)

  • Memori: 32GB HBM4

  • Bandwidth: 4TB/s

  • Prestasi puncak: 50 TFLOPs

  • Jenis GPU: MCM

  • Sambungan: TSV

  • TDP: 350W

  • Harga jangkaan: RM 3, 859