Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dron world records

7,598 Dron Cipta Rekod Dunia Baharu, Papar Visual Udara Yang Menakjubkan

Diterbitkan September 30, 2024 · Dikemas kini Oktober 4, 2024 oleh ariff bukhari

Paparan menakjubkan yang dicipta oleh 7,598 dron telah menerangi langit malam yang turut mencipta Rekod Dunia Guinness baharu.

Visual- visual menakjubkan itu dicipta oleh ribuan dron pada petang 3 September yang secara rasmi diiktiraf sebagai imej udara terbesar yang dibentuk oleh multirotor/dron.

Pertunjukan yang menakjubkan ini dianjurkan untuk meraikan ulang tahun ke-72 Wilayah Autonomi Korea Yanbian, dengan dron yang disediakan oleh Shenzhen Damoda Intelligent Control Technology Co., Ltd.

Ia sekali gus memecahkan rekod dunia yang juga dicipta mereka sebelum ini di mana pada September 2020 dahulu, Damoda telah pun mencipta Rekod Dunia Guinness di Zhuhai, China, selepas menerbangkan sejumlah 3,051 dron yang dicatat sebagai Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) paling banyak diterbangkan ke udara secara serentak.

Sebelum persembahan, semua dron disusun dengan kemas dalam “kotak berlepas”, dengan setiap kotak mengandungi 12 dron.

7,598 Dron Cipta Rekod Dunia Baharu, Papar Visual Udara Yang Menakjubkan

Hanya satu komputer riba yang diperlukan untuk mengawal armada dron itu, dengan sistem memantau status setiap dron dalam masa nyata.

Dron bergerak secara berterusan merentasi langit malam, membentuk imej ikonik seperti Tembok Besar dan naga sambil turut memberi penghormatan kepada budaya unik Yanbian dengan gambaran bunga bandar, Azalea, dan penari tradisional.

Menurut garis panduan percubaan, dron perlu mengekalkan imej selama sekurang-kurangnya 20 saat.

Imej harimau yang mengagumkan yang memecahkan rekod itu bertahan selama 37 saat.

7,598 Dron Cipta Rekod Dunia Baharu, Papar Visual Udara Yang Menakjubkan
Percubaan itu telah disaksikan oleh puluhan ribu orang yang hadir untuk menyaksikan pengalaman visual yang menakjubkan ini secara langsung.

 

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Beli PC Ini: Waranti 3 Tahun, RAM 32GB, GPU 8GB...Semuanya Bawah RM3699
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: Guinness World Records

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY