Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pentagon Sahkan Anthropic Kini Dilabel “Risiko Rantaian Bekalan”

Pentagon Sahkan Anthropic Kini Dilabel “Risiko Rantaian Bekalan”

Diterbitkan Mac 6, 2026 · Dikemas kini Mac 6, 2026 oleh Amalina Athman

Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (DOD) atau Pentagon secara rasmi mengesahkan bahawa Anthropic dan produknya telah ditetapkan sebagai “risiko rantaian bekalan” kepada keselamatan negara AS, sekali gus meningkatkan lagi pertikaian sengit mengenai langkah keselamatan kecerdasan buatan (AI).

Ini merupakan kali pertama syarikat AS dilabelkan sedemikian, yang sebelum ini biasanya diberikan kepada firma dari negara yang dianggap musuh, seperti Huawei dari China.

Label ini menghendaki vendor dan kontraktor memastikan mereka tidak menggunakan model Claude Anthropic dalam kerja yang melibatkan Pentagon, di mana ia berpotensi memberi kesan lebih luas kepada syarikat tersebut.

“DOW secara rasmi memaklumkan kepimpinan Anthropic bahawa syarikat dan produknya dianggap sebagai risiko rantaian bekalan, berkuat kuasa serta-merta,” kata seorang pegawai kanan Pentagon kepada Bloomberg News, menggunakan akronim untuk Department of War (nama yang kini digunakan Rumah Putih bagi merujuk Department of Defense).

Sementara itu, Anthropic berikrar akan mencabar penetapan tersebut di mahkamah.

Pertikaian bermula selepas Anthropic menimbulkan kemarahan ketua Pentagon, Pete Hegseth, dengan menegaskan teknologi mereka tidak sepatutnya digunakan untuk pengawasan besar-besaran atau sistem senjata autonomi sepenuhnya.

Washington membalas, dengan mengatakan Pentagon beroperasi mengikut undang-undang dan bahawa pembekal yang dikontrak tidak boleh menentukan bagaimana produk mereka digunakan.

Laporan awal minggu ini menyatakan kedua-dua pihak telah memulakan rundingan untuk menyelesaikan pertikaian itu, dengan bantuan pelabur Anthropic, termasuk syarikat teknologi besar seperti Amazon, Google dan Nvidia.

Konflik itu berubah pada Rabu apabila The Information melaporkan CEO Anthropic Dario Amodei memberitahu kakitangan bahawa tindakan terhadap syarikat mereka bermotifkan politik.

“Alasan sebenar” pentadbiran Trump “tidak menyukai kami ialah kerana kami tidak menderma kepada Trump (sementara OpenAI/Greg telah menderma banyak),” kata Amodei, merujuk kepada Presiden OpenAI Greg Brockman yang telah menderma AS$25 juta kepada Trump.

Menurut beberapa laporan media AS, tentera menggunakan model AI Claude milik Anthropic dalam serangan hujung minggu ke atas Iran dan masih menggunakannya, walaupun terdapat larangan teknologi ini di seluruh kerajaan yang dikeluarkan minggu lalu.

Trump mengarahkan agensi persekutuan melalui media sosial untuk menghentikan segera semua penggunaan teknologi Anthropic, dengan tempoh peralihan enam bulan bagi DOD dan agensi lain. – AFP

Berkaitan

  • Skrin Tak Silau, Stylus Lebih Pintar, Kenapa HUAWEI MatePad 12 X 2026 Rasa Berbeza
  • 5 Isu Hangat AI Yang Dibincangkan Di Sidang Kemuncak Impak AI
  • Selepas Peroleh Kontrak Pentagon, ChatGPT Berdepan Boikot Besar-Besaran
  • Pengguna Percuma Claude Kini Boleh Import Memori Daripada 'Chatbot' AI Lain

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY