Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Penjual Sah Maxis Fibre Senaraikan Harga Langganan Baharu, Serendah RM89/100Mbps

Penjual Sah Maxis Fibre Senaraikan Harga Langganan Baharu, Serendah RM89/100Mbps

Diterbitkan Oktober 10, 2023 · Dikemas kini Disember 5, 2023 oleh Amalina Athman

Sejajar dengan pengumuman TM mengenai harga langganan baharu pada minggu lepas, dijangkakan kelak lebih banyak penyedia perkhidmatan internet (ISP) lain akan melakukan perkara yang sama.

Kini, penjual sah Maxis Fibre telah menyenaraikan pelan langganan internet tetap di bawah harga baharu.

Berkaitan

  • Harga Langganan Internet Fibre Unifi Turun, Pelanggan Sedia Ada Terima Naik Taraf Percuma
  • Anda Pelanggan Unifi? Ini Cara Semak Kelayakan Naik Taraf Kelajuan Percuma

Mula dilaporkan oleh Lowyat.Net, sekurang-kurangnya empat laman web penjual sah Maxis menyenaraikan pelan langganan 100Mbps pada harga serendah RM89/sebulan. Sementara pelan 300Mbps dan 500Mbps masing-masing berharga RM129 dan RM149 sebulan. Bagi pelan langganan 800Mbps, ia kini berharga RM249/bulan.

Penjual Sah Maxis Fibre Senaraikan Harga Langganan Baharu, Serendah RM89/100Mbps

Harga berkenaan adalah selepas potongan rebat RM10 (kecuali pelan 800Mbps), yang diberikan kepada pengguna baharu Maxis selama 24 bulan.

Penjual Sah Maxis Fibre Senaraikan Harga Langganan Baharu, Serendah RM89/100Mbps

Bagi pelanggan sedia ada, pelan 100Mbps, 300Mbps dan 500Mbps masing-masing diturunkan pada harga baharu iaitu RM99, RM139 dan RM159 sebulan. Sebelum ini, pelan berkenaan masing-masing berharga RM129, RM149 dan RM219 sebulan.

Bagaimanapun, mengambil kira Maxis masih belum mengeluarkan apa-apa pengumuman rasmi berhubung perkara ini, terdapat kemungkinan penyenaraian pelan langganan dengan harga baharu tidak atau kurang tepat. Dengan itu, nantikan pengumuman rasmi daripada Maxis kelak.

Sumber: Lowyat.Net, Maxis Authorised Reseller (1, 2, 3, 4)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY