Xiaomi telah melancarkan rangkaian produk AIoT baharu di Malaysia, termasuk power bank, sistem Wi-Fi mesh, dan kaca mata audio pintar, untuk memperluaskan pilihan pengguna dalam gaya hidup pintar.
Xiaomi 212W HyperCharge Power Bank 24500 hadir dengan kapasiti 24,500mAh dan output maksimum 212W, membolehkan pengecasan pantas bagi pelbagai peranti melalui dua port USB-C dan satu USB-A. Ia turut dilengkapi paparan warna untuk memantau status pengecasan serta ciri keselamatan seperti kawalan suhu dan perlindungan litar pintas.
Bagi pilihan lebih ringan, Xiaomi Power Bank 10000mAh 22.5W Lite menawarkan kapasiti 10,000mAh dengan output maksimum 22.5W. Dengan reka bentuk langsing dan sokongan pengecasan pantas untuk pelbagai peranti, ia menjadi teman perjalanan yang ideal.
Sementara itu, Xiaomi Smart Audio Glasses menggabungkan teknologi audio terbuka dengan reka bentuk cermin mata bergaya. Ia membolehkan pengguna menikmati muzik tanpa menutup telinga serta menawarkan pembatalan bunyi untuk panggilan lebih jelas.
Dengan ketahanan bateri hingga 10 jam muzik atau 7 jam panggilan, kaca mata ini juga menyokong pengecasan pantas USB Type-C.
Dalam segmen rangkaian, Xiaomi Router BE3600 memperkenalkan teknologi Wi-Fi 7 dengan kelajuan sehingga 3570Mbps. Dikuasakan pemproses Qualcomm dan empat penguat isyarat berkuasa tinggi, ia menyokong sehingga 128 peranti serentak dan mempunyai fungsi Mesh untuk liputan lebih luas.
Bagi yang memerlukan rangkaian rumah pintar yang menyeluruh, Xiaomi Mesh System BE3600 Pro hadir dalam pilihan satu atau tiga unit untuk memastikan sambungan internet stabil di setiap sudut kediaman.
Harga
- Xiaomi 212W HyperCharge Power Bank 25000 – RM469 (Promo RM389)
- Xiaomi Power Bank 10000mAh 22.5W Lite -RM79 (Promo RM59)
- Xiaomi Smart Audio Glasses – RM469 (Promo RM389)
- Xiaomi Smart Audio Glasses Replacement Kit – RM169 (Promo RM149)
- Xiaomi Router BE3600 – RM249 (Promo RM229)
- Xiaomi Mesh System BE3600 Pro (1-pack) – RM309 (Promo RM289)
- Xiaomi Mesh System BE3600 Pro (3-pack) – RM749 (Promo RM719)
Sempena pelancaran ini, Xiaomi menawarkan harga promosi untuk produk terpilih sehingga RM80 diskaun.
{suggest}