Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Betulkan Isu Garisan Hijau Menerusi Kemas Kini Terbaru HyperOS

Xiaomi Betulkan Isu Garisan Hijau Menerusi Kemas Kini Terbaru HyperOS

Diterbitkan Februari 28, 2025 · Dikemas kini Februari 28, 2025 oleh ariff bukhari

Pengguna Redmi Note 12S sebelum ini telah mengadu tentang masalah garisan hijau yang muncul pada skrin peranti mereka selepas mengemas kini ke HyperOS 2.0.1.0.VHZMIXM.

Garisan hijau itu muncul dalam pelbagai situasi termasuklah ketika melayari laman sesawang, bermain permainan, dan menonton video.

Respon terhadap isu itu, pasukan pembangunan Xiaomi segera mengenal pasti punca masalah dalam output sistem skrin dan telah membetulkannya melalui kemas kini perisian tegar (firmware) terbaru.

Xiaomi mengesyorkan pengguna untuk segera mengemas kini perisian bagi memastikan isu itu di atasi dan prestasi optimum peranti.

Untuk mengemas kini, ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Buka Settings pada Redmi Note 12S anda.
  2. Pergi ke About Phone > System Update.
  3. Pilih Check for Updates dan pasang firmware yang tersedia.
  4. Restart peranti selepas pemasangan supaya perubahan tersedia.

Jika masalah masih berterusan, pengguna disarankan melaporkannya melalui aplikasi Xiaomi Feedback atau saluran sokongan rasmi.

Berkaitan

  • 3 Lagi Model Redmi Note 12 Masuk Malaysia, Harga Bermula RM999
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Selepas 'Phishing', Kini Muncul Pula Serangan Siber 'Mishing'

Sumber: XiaomiTime

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Gemini Di Android Auto Mula Terima Ciri 'Personal Intelligence'
  • ChatGPT Kini Boleh Kunci Sembang Dengan PIN, Face ID Atau Touch ID
  • Kerajaan Galak Guna Aplikasi Navigasi TuJu Sebagai Alternatif Waze
  • 3 Dongle Audio Bawah RM60
  • Permohonan Gantian MyKad Kini Boleh Dibuat Melalui Aplikasi MyGOV
  • ECRL Tawar Diskaun 30% Tiket Ekonomi Selama Sebulan - Operasi Dijangka Bermula 12 Disember
  • Empat Ejen AI Gemini Berjaya Tamatkan Minecraft Selepas Mati 605 Kali
  • Awas, Malware LongKong Aktif Sasar Pengguna Android Malaysia, Mampu Curi Maklumat Perbankan
©2026 WISER.MY