Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TNB elektrik_

Penggunaan Elektrik Meningkat Kerana Faktor Cuaca, Musim Perayaan – TNB

Diterbitkan Jun 22, 2023 oleh Amalina Athman

Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan peningkatan penggunaan tenaga elektrik, yang dikesan sejak April disebabkan faktor cuaca panas dan musim perayaan.

Berkaitan

  • 8 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Program Rebat Bil Elektrik Sehingga RM40
  • Tiada Lagi Subsidi Elektrik Untuk Golongan T20 - PM

Trend peningkatan berterusan ini dicatatkan dengan rekod tertinggi permintaan maksimum bekalan tenaga sebanyak 19,716MW pada 11 Mei 2023. Penggunaan elektrik dikesan meningkat bagi peralatan seperti penyaman udara dan kipas.

Menurut TNB, walaupun cara penggunaannya sama termasuk dari segi tempoh masa serta suhu diselaraskan pada 24°C, tenaga yang digunakan adalah lebih banyak berbanding bulan sebelumnya kerana sistem penyejuk bekerja lebih kuat dalam cuaca lebih panas.

Seterusnya, ia mengakibatkan pengguna menerima bil yang lebih tinggi, di mana blok tarif tidak berubah sejak kadar sedia ada ditetapkan pada 2014.

Lanjutan itu, bagi mengawal penggunaan elektrik, TNB menggalakkan pengguna agar lebih peka terhadap kaedah penggunaan setiap perkakas elektrik secara optimum, sekali gus mengelakkan penggunaan elektrik yang berlebihan.

Sumber: TNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY