Cara Pindahkan Perbualan Di WhatsApp Tanpa 'Back Up'

WhatsApp kini membolehkan pengguna memindahkan perbualan antara peranti yang menjalankan sistem operasi yang sama dengan lebih mudah.

{suggest}

CEO Meta, Mark Zuckerberg baru-baru ini mengumumkan ciri memindahkan perbualan WhatsApp tanpa memerlukan sandaran (back up) di iCloud atau Google Drive. Sebaliknya, pengguna hanya perlu mengimbas kod QR yang tertera pada peranti baharu, menggunakan peranti lama.

Perlu diketahui, ciri baharu ini tersedia untuk peranti yang menjalankan sistem operasi yang sama, iaitu antara Android kepada Android atau iOS kepada iOS.

Sama seperti ciri baharu yang lain, ia dilepaskan secara berperingkat kepada pengguna. Bagi mengetahui cara pindahkan perbualan antara iOS ke iOS atau Android ke Android, ikut langkah di bawah.

Pindah 'chat' iOS kepada iOS


Kedua-dua iPhone memerlukan versi WhatsApp 2.23.9.77 ke atas, menggunakan nombor telefon yang sama serta mempunyai sambungan internet. Kemudian, ikut langkah di bawah:

1. Buka aplikasi WhatsApp di peranti lama, pergi ke Settings > Chats > Transfer Chats to iPhone > Start.

2. Jika belum tersedia, tekan "Allow" untuk membenarkan WhatsApp mengakses kamera. Anda akan menggunakan kamera ini untuk mengimbas kod QR yang terpapar pada iPhone baharu.



3. Di iPhone baharu, buka aplikasi WhatsApp, tekan "Accept terms and conditions" dan sahkan nombor telefon.

4. Tekan "Continue" pada Transfer Chat history to iPhone. Kemudian, guna kamera WhatsApp di langkah 2 untuk mengimbas kod QR pada iPhone baharu.

5. Pastikan kedua-dua iPhone berdekatan antara satu sama lain, tidak berkunci dan tidak keluar daripada aplikasi WhatsApp. Anda boleh membatalkan proses memindahkan data pada bila-bila masa.

5. Setelah selesai, tekan "Next" di paparan "Transfer completed".

Menurut WhatsApp, iPhone lama masih mempunyai data anda melainkan aplikasi WhatsApp dipadamkan atau ditetapkan semula.

Pindah 'chat' Android ke Android


Untuk memindahkan perbualan antara peranti Android, ia memerlukan Android OS Lollipop 5.1, SDK 23 atau Android 6 ke atas bagi kedua-dua peranti. Ia juga memerlukan nombor telefon yang sama, berdekatan antara satu sama lain serta perlu mengaktifkan Wi-Fi.

1. Buka WhatsApp di peranti Android lama. Tekan More Options > Settings > Chat > Transfer chats > Start.

2. Terima permintaan untuk mengimbas kod QR yang akan tersedia pada peranti Android baharu.



3. Di peranti Android baharu, buka aplikasi WhatsApp. Klik Accept terms and conditions > Verify your phone number.

4. Tekan "Start" pada "Transfer chat history from old phone". Terima permintaan dan kod QR akan dipaparkan.

5. Imbas kod QR di peranti Android baharu menggunakan peranti lama seperti di langkah 2. Ikut langkah seterusnya dan pastikan kedua-dua peranti tidak berkunci dan tidak keluar dari WhatsApp.

6. Setelah selesai, tekan "Done".

Walaupun ciri baharu ini membolehkan pengguna memindahkan perbualan tanpa memerlukan sandaran, namun penting untuk melakukan sandaran ke storan awan seperti iCloud atau Google Drive untuk jangka masa panjang, terutamanya jika peranti yang sedang digunakan hilang, rosak dan sebagainya.

Itu sahaja tips untuk kali ini. Tinggalkan komen jika ada sebarang cadangan atau penambahbaikan.

Sumber: WhatsApp