Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Elon Musk Sahkan Langganan Twitter Blue Akan Naik Harga, Bakal Perkenal Beberapa Ciri Baharu

Pengguna Twitter Kini Ada Had Bacaan Twit Dalam Sehari – Elon Musk

Diterbitkan Julai 2, 2023 oleh Amsyar Latif

Baru-baru ini, Twitter membuat satu ‘polisi baharu’ dimana pengguna yang tidak mempunyai akaun, tidak dibenarkan untuk membaca kandungan di Twitter.

Kini, Elon Musk sekali lagi membuat ‘kecoh’ apabila ‘mencipta sebuah ciri baharu’ kepada semua pengguna Twitter.

Apa yang dilakukan Musk adalah, Twitter kini mengehadkan atau membataskan bacaan Twit kepada 10,000 hantaran (twit/ciapan/kandungan) sahaja sehari bagi pengguna yang mempunyai akaun disahkan (verified account) atau berbayar.

Rate limits increasing soon to 8000 for verified, 800 for unverified & 400 for new unverified https://t.co/fuRcJLifTn

— Elon Musk (@elonmusk) July 1, 2023

Now to 10k, 1k & 0.5k

— Elon Musk (@elonmusk) July 1, 2023

Sementara pengguna yang mempunyai akaun percuma seperti kebanyakan orang lain, mempunyai had bacaan 1000 sehari. Akhir sekali, pengguna percuma yang baru sahaja ke dalam dunia Twitter (akaun baharu) mempunyai had sebanyak 500 sehari.

Keputusan ini dibuat kerana Elon Musk mendakwa terdapat peningkatan secara ekstrem terhadap akses data serta manipulasi dalam sistem.

Oleh itu, dengan langkah yang dilakukan ini secara tidak langsung dapat menyeselaikan masalah tersebut. Namun, melihat kepada twitnya, ia mungkin bersifat sementara.

Akan tetapi, saya tidak berasa begitu. Ini kerana, sejak Musk mengambil alih Twitter, beliau telah mencipta satu jurang buat pengguna berbayar dan pengguna percuma.

Pada pendapat anda, adakah media sosial Twitter diambang kejatuhan? Adakah anda sanggup untuk melanggan kepada sebuah platform media sosial?

Sumber: Elon Musk

Berkaitan

  • Twitter Dilapor Mahu Bangunkan Platform Pembayaran Sendiri
  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Apple Naikkan Harga Langganan iCloud+

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY