Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Pay

Twitter Dilapor Mahu Bangunkan Platform Pembayaran Sendiri

Diterbitkan Januari 31, 2023 · Dikemas kini Januari 31, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak Elon Musk mengambil alih Twitter, syarikat itu dilihat mencari pelbagai cara bagi meningkatkan pendapatannya. Terbaharu, laporan menyatakan Musk merancang untuk menjadikan Twitter sebagai platform pembayaran untuk bersaing dengan Apple Pay dan PayPal.

Berkaitan

  • Twitter Rancang Untuk Lelong Akaun Pengguna Yang Tak Aktif, Tapi Tak Semua
  • Tak Perlu Bayar Bulan-Bulan, Twitter Lancar Langganan "Premium" Secara Tahunan
  • Pelan Twitter Blue Akan Hadir Ciri Baharu, Tapi Harga Juga Akan Ditingkatkan

Mengimbas kembali, Musk pada November tahun lalu telah pun memperincikan rancangannya untuk memasuki pasaran pembayaran semasa pertemuan dengan pengiklan Twitter yang dihoskan di Twitter Spaces. Pemilik Twitter itu mencadangkan bahawa pengguna akan dapat memindahkan wang kepada orang lain di rangkaian sosial, namun setelah itu tiada butiran lanjut yang didedahkan.

Menurut Financial Times, Twitter kini telah memohon lesen yang diperlukan untuk menjadi platform pembayaran di Amerika Syarikat (AS). Laporan itu juga menyebut bahawa Esther Crawford, Pengarah Pengurusan Produk Twitter, telah mengusahakan infrastruktur perkhidmatan baharu itu.

Sebagai tambahan, laporan tersebut menyatakan Musk mahu menjadikan Twitter sebagai “aplikasi segala-galanya”, serta mempunyai perancangan untuk menambah sokongan mata wang kripto pada masa hadapan.

Secara asasnya, platform ini akan bersaing dengan PayPal dan Apple Pay, yang membolehkan pengguna bukan sahaja membayar di kedai, tetapi juga memindahkan wang antara mereka.

Sumber: 9to5Mac

Gambar utama: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY