Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung green line

Pengguna Di Thailand Saman Samsung Berkaitan Kecacatan Paparan Bergaris Hijau

Diterbitkan September 2, 2024 · Dikemas kini September 2, 2024 oleh ariff bukhari

Majlis Pengguna Thailand (TCC) dan 119 pengguna telah memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Thai Samsung Electronics Co selepas syarikat itu enggan membayar pampasan untuk peranti yang rosak.

Sophon Nurat, ketua bahagian TCC berkata, pengguna mengadu tentang garis hijau menegak atau merah jambu yang muncul pada skrin telefon dalam pelbagai model Samsung Galaxy.

Mereka juga melaporkan telefon terlalu panas. Dalam sesetengah kes, masalah berlaku selepas pengguna memasang kemas kini perisian One UI.

Pengguna di sana telah cuba bertanya dengan pusat servis syarikat mengenai masalah itu, dan mereka dimaklumkan bahawa jaminan itu mungkin telah tamat tempoh.

Pusat servis di sana juga berkata, telefon mereka mungkin telah dijatuhkan di atas lantai atau jangka hayat peranti itu tamat tempoh, dan pelanggan mungkin perlu membayar 7,000 baht (~RM886) – 15,000 baht (~RM1,900) untuk pembaikan.

Sophon Nurat, berkata pengguna telah menulis surat kepada syarikat itu, tetapi ia gagal menghuraikan atau bekerjasama.

Tambahnya, pengguna dilihat terpaksa menanggung kos pembaikan disebabkan kerosakan tersebut.

Jika dilihat, perkara ini bukan hanya terjadi di sana. Malah, di Malaysia sendiri pun, rata-rata pengguna meluahkan perasaan sama. Biarpun peranti diguna dan dijaga dengan baik tetapi masalah skrin garisan hijau atau merah jambu masih menghantui peranti Samsung.

Sumber: Bangkok Post

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak
  • Akhirnya, Android 15 Sah Akan Tiba Oktober 2024, Ini Senarai Peranti Yang Akan Terima Dulu
  • Samsung Perkenal Projektor UST Premiere 9 Dan Premiere 7

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY