Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Perkenal Projektor UST Premiere 9 Dan Premiere 7

Samsung Perkenal Projektor UST Premiere 9 Dan Premiere 7

Diterbitkan Ogos 29, 2024 ยท Dikemas kini Ogos 29, 2024 oleh Rushsyafizal

Samsung Electronics hari ini mengumumkan pelancaran inovasi terbaharu dalam hiburan di rumah, iaitu The Premiere 9 dan The Premiere 7. Kedua-dua projektor ultra-short throw (UST) ini direka untuk memberikan pengalaman tontonan yang tiada tandingan, dengan resolusi 4K, audio imersif, dan ciri-ciri canggih lain yang mengubah mana-mana ruang tamu menjadi sinema rumah premium. Projektor ini menggunakan teknologi laser, dengan keupayaan ultra-short throw.

Screenshot 2024-08-29 103416

Projektor Premiere 9 menggunakan teknologi laser tiga kali ganda, menyokong resolusi 4K dengan saiz imej sehingga 130 inci. Ia juga menawarkan liputan gamut warna sebanyak 154%, HDR10+ dan kecerahan sehingga 3,450 lumen ISO. Premiere 7 pula menyokong resolusi 4K tetapi dengan tahap kecerahan yang lebih rendah dan meliputi 100% daripada standard warna DCI-P3, memberikan sehingga 2,500 lumen ISO serta menyokong HDR10.

Dari segi audio, Premiere 9 menampilkan pembesar suara 40W dengan Dolby Atmos dalam pembesar suara 2.2.2 saluran dan Bunyi Penjejakan Objek (OTS), manakala Premiere 7 menampilkan pembesar suara 30W 2.2ch dan Object Tracking Sound Lite (OTS Lite) .

Screenshot 2024-08-29 105405
Screenshot 2024-08-29 103444

Kedua-dua projektor menjalankan Samsung Tizen OS, menyediakan akses kepada ciri TV pintar, termasuk Samsung TV Plus, Netflix, YouTube dan pelbagai perkhidmatan penstriman lain.

Samsung Gaming Hub juga disepadukan, menawarkan lebih 3,000 permainan daripada Xbox dan sumber lain. Kedua-duanya juga menampilkan peningkatan AI 4K dan Penggalak Penglihatan, yang melaraskan warna dan kontras secara automatik agar sesuai dengan keadaan pencahayaan yang berbeza.

Premiere 9 dan Premiere 7 kini boleh didapati di Amerika Syarikat, Kanada, dan China, berharga AS$5,999 (RM26,102) dan AS$2,999 (RM13,049).

Buat masa sekarang, belum pasti lagi bilakah ia dibawa masuk ke Malaysia.

Berkaitan

  • Pengguna Android Boleh Hasilkan Pelekat WhatsApp Lebih Mudah, Ini Caranya
  • Rasmi, Epic Games Kini Ditawar Di Peranti Android, Ini Cara Dapatkannya
  • Seakan Myspace, Pengguna Instagram Kini Boleh Tambah Lagu Pada Profil
  • Cara Jadikan iPhone Sebagai Sebuah Mikrofon
  • Pengguna Kini Boleh Pindahkan Senarai Lagu Apple Music Ke YouTube Music

Sumber : Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY