Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2023-06-06 012636

iPhone Dikemas Kini Dengan Beberapa Ciri Terbaru

Diterbitkan Jun 6, 2023 · Dikemas kini Jun 16, 2023 oleh ariff bukhari

Menerusi kemas kini iOS 17, telefon pintar iPhone menerima beberapa ciri baru yang menarik.

Antaranya adalah ciri Poster baru dengan foto dan memoji, serta “tipografi yang menarik perhatian” yang muncul semasa panggilan dan dalam buku alamat yang dikemas kini. Ia berfungsi seperti memperibadikan skrin kunci anda.

IOS 17 1

iPhone juga menerima ciri Live Voicemail baharu dengan transkripsi langsung dalam masa nyata semasa mereka sedang bercakap.

IOS 17 2

Selain itu, aplikasi Messages juga dikemas kini dengan dimuatkan ciri tapisan carian, ciri perkongsian Inline location, Check In, iaitu ciri tempat anda boleh memberikan kemas kini tentang lokasi anda untuk memberitahu keluarga atau rakan apabila anda pulang dengan selamat. Jika anda tidak bertindak balas pula, ia boleh berkongsi makluman dengan rakan, berkongsi lokasi, bateri dan status perkhidmatan talian.

Juga diperkenalkan adalah reka bentuk baharu untuk aplikasi iMessage, menyembunyikan aplikasi dan kamera di sebalik butang tambah dalam iMessage serta pengalaman penggunaan Stickers pada aplikasi tersebut.

IOS 17 3

Malah Apple juga perkenalkan ciri perkongsian AirDrop baharu di mana anda boleh berkongsi  kandungan melalui AirDrop dengan merapatkan iPhone.

AirDrop juga kini boleh digunakan untuk menukar nombor anda dengan seseorang yang baharu.

IOS 17 4

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY