Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Malaysia Sudah Boleh Mengakses Google Store

Pengguna Malaysia Sudah Boleh Mengakses Google Store

Diterbitkan Oktober 5, 2017 oleh Helmi Samsuri

Google Store merupakan gedung dalam talian disediakan oleh Google yang memudahkan anda untuk membeli telefon, tablet, jam tangan pintar, dan macam-macam lagi produk dari syarikat tersebut.

Sebelum ini, rakyat Malaysia tidak mempunyai akses ke gedung dalam talian itu kerana ia hanya ditawarkan ke beberapa buah negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Kanada dan lain-lain.

Memetik berita dari Amanz.my, Google sudah mula mengaktifkan laman Google Store untuk pembeli tempatan dan apabila pembeli memilih mahu membuat pembelian, ia akan disambungkan kepada laman jualan Lazada, dan urusniaga dibuat melalui platform tersebut.

Ketika ini hanya terdapat dua produk Google yang dipamerkan; Chromecast dan Chromecast Audio. Mungkin selepas ini, Google Store akan menambah senarai produk-produk lain yang agak sukar untuk dibeli di pasaran tempatan.

Klik untuk layari Google Store

Sumber: Amanz.my

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pesawat Angkasa Boleh Guna Semula Generasi Baharu Bersedia Untuk Misi Sulung Pada 2027
  • Maxis Tawar Perlindungan Max Secure Percuma 30 Hari, Langganan Bermula RM5/30 Hari
  • Pelajar UniMAP Bangunkan Kereta Lumba Berkuasa Elektrik, Bakal Ke Finale NxGV Challenge 2026
  • GPT-6.2 Sol Kini Dalam 'Tab Chat' ChatGPT
  • Apple Dilapor Kembali Dengan Product(RED), HomePod mini 2 Bakal Hadir Dalam Warna Merah
  • England Lancar Ujian Saringan Kanser Payudara Terbesar Di Dunia Dibantu AI
  • Kerajaan Tidak Bercadang Wujudkan Syarat Lesen Khas Untuk Penyedia Permainan Dalam Talian
  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
©2026 WISER.MY