Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Threads Instagram

Pengguna Kini Boleh Padam Akaun Threads Dan Instagram Secara Berasingan

Diterbitkan November 14, 2023 ยท Dikemas kini November 14, 2023 oleh Amalina Athman

Apabila Threads dilancarkan Julai lalu, Meta memutuskan pengguna perlu menggunakan maklumat yang sama seperti Instagram untuk mendaftar di platform itu.

Walau bagaimanapun, disebabkan perkara itu, pengguna tidak dapat memadam akaun Threads secara berasingan. Maknanya, perlu padam akaun Instagram jika ingin padam akaun Threads.

Kini, Meta mula mengeluarkan kemas kini, yang membolehkan pengguna memadam akaun Threads dan Instagram secara berasingan.

Berkaitan

  • Pengguna Perlu Padam Akaun Instagram Jika Ingin Padam Profil Threads
  • Inilah Telefon "Tiga Tiga Sekupang" Versi Moden, Tahan Lasak Tapi Harga Tak Keras

Bagi tujuan itu, pengguna boleh pergi ke Settings > Account > Deactivate atau Delete Profile.

Jika memilih “Deactivate Profile”, semua data termasuk profil, kandungan, pengikut tidak akan tersedia sehingga profil diaktifkan semula. Sementara “Delete Profile” akan menyebabkan semua data disembunyikan sebelum ia dipadam secara kekal dalam tempoh 30 hari.

Pengguna Kini Boleh Padam Akaun Threads Dan Instagram Secara Berasingan
Pengguna Kini Boleh Padam Akaun Threads Dan Instagram Secara Berasingan

Kedua-dua pilihan ini hanya terpakai untuk profil Threads dan tidak menjejaskan akaun Instagram. Perlu diketahui, ciri ini tersedia secara berperingkat dan pengguna mungkin tidak melihatnya serta-merta setelah memasang versi terkini aplikasi Threads.

Sumber: Adam Mosseri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • UKM Perkenal Teknologi Implan Suara Boleh Laras Pertama Di Asia Tenggara
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • RAM PC Sepatutnya Berada Di Dalam Pusat Data AI - Sam Altman
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
  • Reddit Mula Uji Paparan Iklan Dalam Hasil Carian
  • CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 - Boleh Digunakan Di 6 Negara
  • Jepun Guna Permainan Telefon Pintar Untuk Bantu Periksa Tiang Utiliti
  • Windows 11 Kini Lebih Responsif Pada PC RAM 8GB, 'Multitasking' Sehingga 40% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY