Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2025-04-22 at 13.17.06

Pengguna Kini Boleh Muat Turun Aplikasi SPX Express – Kos Penghantaran RM5 Untuk 3kg Pertama

Diterbitkan April 22, 2025 ยท Dikemas kini April 22, 2025 oleh Amalina Athman

SPX Express, yang sebelum ini dikenali sebagai Shopee Express, kini melancarkan aplikasi mudah alih bagi memudahkan urusan penghantaran pengguna.

Melalui aplikasi SPX Express, pengguna boleh mengurus dan menjejak penghantaran dengan lebih mudah – termasuk menjadualkan pengambilan, menyemak status bungkusan secara masa nyata, serta mendapatkan anggaran kos penghantaran terus dari peranti mudah alih.

Selain itu, SPX Express kini bukan sahaja terhad kepada platform Shopee. Pengguna umum juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk penghantaran barangan, sama seperti perkhidmatan penghantaran lain seperti Pos Malaysia dan J&T Express.

SPX Express_1

Sebagai tambahan, SPX Express turut menawarkan kadar penghantaran serendah RM5 bagi 3kg pertama.

Bagi yang berminat, aplikasi SPX Express kini boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Shopee Kemas Kini Kadar Yuran Komisen Berkuat Kuasa 6 Mac 2025
  • Shopee Perkenal Program Kesetiaan Mengikut Tahap Perbelanjaan, Ini Cara Semak
  • Shopee Lancar Aplikasi ShopeePay - Ini Perlu Diketahui

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY