Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Berkongsi Skrin Pada Microsoft Teams

Pengguna Kini Boleh Main Game Dalam Microsoft Teams

Diterbitkan November 17, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Microsoft telah mengeluarkan aplikasi terbaru iaitu Games for Work di mana pengguna boleh bermain bersama pengguna yang lain semasa mesyuarat atas talian.

Antara permainan yang ditawarkan adalah termasuk  Solitaire, Minesweeper, Wordament, dan IceBreakers. Kesemua permainan ini adalah selamat dan dijamin tiada iklan akan disiarkan sepanjang penggunaanya.

Keempat-empat permainan ini membenarkan pengguna untuk berinteraksi antara satu sama lain malah boleh dimainkan oleh dua sehingga 250 orang pengguna.

Setiap permainan yang ditawarkan memberi impak kepada pemain. Mereka boleh fokus kepada pertandingan secara sihat, belajar untuk menjalinkan kerjasama antara satu sama lain serta meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan masalah.

Aplikasi Games for Work dibangunkan sendiri oleh Microsoft Casual Games. Matlamat aplikasi adalah untuk mengukuhkan lagi semangat kerjasama dalam pasukan dan juga menawarkan pengalaman yang menarik untuk setiap pengguna Microsoft Teams.

Berkaitan

  • Microsoft Rugi Hampir RM1,000 Untuk Setiap Konsol Xbox
  • Perang Konsol Tamat, Microsoft Akui Sony Adalah Pemenang
  • Ciri Tersembunyi Microsoft Edge Yang Pastinya Anda Tidak Tahu Sangat Berguna
  • Langgar Garis Panduan Komuniti, Microsoft Ambil Tindakan Terhadap 4.78 Juta Akaun Xbox
  • Nvidia Dan Microsoft Umum Kerjasama Untuk Bangunkan Superkomputer AI

Aplikasi ini hanya tersedia untuk Microsoft Teams Enterprise dan pelanggan Education.

Sumber: Microsoft

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY